Connect with us

Oh! Media

Salina Saibi Dedah Mesej Dengan Syamsul Yusof

Ohmedia salina saibi syamsul yusof

Trending

Salina Saibi Dedah Mesej Dengan Syamsul Yusof

Pelakon Salina Saibi, rakan lama kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, mendedahkan bahawa Syamsul ada memaklumkan kepadanya bahawa dia berada dalam keadaan baik.

Menurut Salina, yang sudah lama bersahabat dengan Syamsul sejak filem Bohsia, mereka jarang berjumpa tetapi sering berkomunikasi menerusi mesej langsung.

Ohmedia image 9

Dia selalu cakap dengan saya jangan risau, dia okay. Dia ada kata sebagai manusia tak lepas daripada buat kesilapan. Dia masih sayangkan keluarganya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Syamsul.- Kata Salina.

Sebagai kawan lama, Salina sering bertanyakan khabar Syamsul dan menasihatkannya untuk mencari jalan terbaik dalam apa jua keadaan.

IKLAN

Sukar nak gambarkan apa perasaan saya selepas mendengar berita tentang Syamsul. Saya hanya berharap urusan dia dipermudah, mungkin ada hikmah tersembunyi. Apabila berlaku perkara begini (perceraian) dalam hidup dia, sebagai kawan sudah tentu saya terasa.- Tambah Salina.

Salina, 42, mengakui terkejut dan sedih mendengar tentang kemelut rumah tangga Syamsul, namun tetap mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Ohmedia salina saibi syamsul yusof

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas