Connect with us

Oh! Media

isteri

Oh! Tidak

Isteri Disangka Hilang Bersama Tiga Orang Anak Rupanya Bersekongkol Dengan Teman Lelaki

Disangka hilang bersama tiga anaknya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, penipuan wanita ini akhirnya terbongkar.

Seorang lelaki telah membuat laporan polis malam 26 Julai lalu dan berkata dia telah mendapat mesej di Whatsapp daripada nombor tidak dikenali.

IKLAN

Cuba minta wang tebusan RM2,000 jika mahu isteri dan anak-anak selamat…

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, individu yang menghantar mesej tersebut mengugut dan meminta wang RM2,000 sekiranya lelaki itu mahu isteri dan anaknya pulang ke rumah dengan selamat.

Sebelum itu pada Khamis lalu, mangsa menghantar isterinya yang berusia lingkungan 30-an bersama tiga anaknya ke perhentian bas di Kampung Sepakat Jaya, Pekan Nanas untuk pulang ke kampung di Kota Tinggi.

Bagaimanapun isterinya gagal dihubungi selepas itu. Ibu mentua yang dihubungi pula memberitahu isteri dan anak-anaknya tidak ada di Kota Tinggi.

Cubaan menipu digagalkan polis…

Susulan laporan, polis melakukan serbuan dan menahan seorang wanita bersama dua anak perempuan dan seorang anak lelakiberusia tiga hingga 12 tahun dalam keadaan selamat di sebuah hotel di Kluang.

Rupa-rupanya, isterinya telah berkomplot dengan teman lelaki untuk memeras ugut dan meminta wang daripada lelaki itu.

Dalam satu serbuan lain, teman lelakinya juga telah ditahan di sebuah rumah di Kluang dan ujian saringan air kencing kedua-dua suspek didapati negatif dan mereka ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 358 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

isteri

Jap!


Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas