Connect with us

Oh! Media

“Saya Rasa Dulu Saya Cengkung” – Fathia Latiff Dedah Punca Buat Rawatan Botox, Suntik Filler Di Bibir

Ohmedia fathia Latiff

Oh! Artis

“Saya Rasa Dulu Saya Cengkung” – Fathia Latiff Dedah Punca Buat Rawatan Botox, Suntik Filler Di Bibir

Selebriti sensasi, Fathia Latiff mengaku membuat rawatan estetik di wajah seperti suntikan botox dan filler untuk kelihatan cantik.

Dalam laporan mStar, pelakon ini memberitahu dulu dia berasa tidak yakin dengan diri kerana wajah yang terlalu cengkung dan kurus.

Selepas beberapa kali rawatan botox di muka dan mata serta filler bibir, kini dia berasa yakin dengan kecantikan yang dimilikinya.

IKLAN
Fathia Botox

Walaupun menerima pelbagai kritikan daripada netizen, aktres ini mengambil jalan menghiraukan sahaja kata-kata itu.

Saya rasa benda itu sekarang dah normal. Saya tidak kisah apa orang cakap. Yang saya kisah ialah apa mak saya cakap.

Bila mak saya nasihat baru saya akan dengar. Mak dah suruh berhenti, tapi saya pujuk juga.

Jelasnya, kos rawatan kecantikan wajah itu semuanya ditaja oleh rakannya. Kini, Fathia sedang berusaha untuk menurunkan berat badan pula.

Dulu masa saya muda, muka tegang lagi. Saya rasa dulu saya cengkung, tak faham kenapa orang kata saya cantik.

Dia juga mengaku menerima tawaran tajaan untuk rawatan bariatrik namun masih memikirkan sama ada mahu menerimanya atau tidak.

Buat masa ini, Fathia ada membuat rawatan ozempik dan merancang untuk bersenam supaya nampak lebih berkeyakinan.

Ohmedia fathia Latiff

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas