
Trending
Kes Pelajar Jadi Mangsa Rog*l Di Sekolah, Dr Radzi Tuntut Penjelasan KPM Dan PDRM
Pelajar tingkatan 3 di Melaka jadi mangsa perbuatan keji empat orang senior.
Pagi ini negara dikejutkan dengan perbuatan tidak bermoral yang berlaku di sekolah di Alor Gajah, Melaka.
Kejadian itu membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga yang dirogol bergilir-gilir oleh dua pelajar tingkatan lima.
Sementara dua lagi suspek merakam kejadian keji itu menggunakan telefon bimbit dan menjaga kawasan daripada diketahui orang lain.
Dr Radzi Jidin tuntut penjelasan KPM dan PDRM
Perkara ini turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Putrajaya, Dr. Radzi Jidin, yang menyifatkan kejadian itu sebagai amat serius dan memerlukan tindakan segera daripada pihak berkuasa.

Beliau turut berkongsi laporan berita daripada Malaysia Gazette yang mendedahkan bahawa empat pelajar lelaki berusia 17 tahun telah ditahan berhubung kes tersebut.
Menurut laporan media, mangsa berusia 15 tahun kini dalam keadaan trauma dan sedang dirawat di hospital.
Pihak polis telah menahan keempat-empat pelajar yang dijangka menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
Pssttt! Kejadian seperti ini amat menyayat hati dan tidak sepatutnya berlaku di mana-mana institusi pendidikan. Oh! Media berharap pihak berkuasa dan Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tindakan tegas, bukan sahaja terhadap pelaku, tetapi juga memastikan sistem keselamatan di sekolah lebih ketat.
Kredit: Facebook Dr Radzi Jidin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
