Connect with us

Oh! Media

Empat Cubaan Seludup Ganja Bernilai RM98 Juta Tumpas Di KLIA Dan Lembah Klang

Polis

Oh! Negara

Empat Cubaan Seludup Ganja Bernilai RM98 Juta Tumpas Di KLIA Dan Lembah Klang

JKDM tumpas empat cubaan seludup ganja bernilai RM98 juta di KLIA dan Lembah Klang.

Macam-macam cara sindiket cuba nak lepaskan diri, tapi kali ni tak berjaya juga! Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan empat cubaan menyeludup dadah jenis bunga ganja bernilai hampir RM98 juta dalam beberapa operasi berasingan sekitar Lembah Klang dan KLIA Terminal 1.

Menurut Pengarah Kastam (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) Zulkifli Muhammad, kejayaan ini hasil kerjasama erat antara Bahagian Penguatkuasaan JKDM dan beberapa agensi keselamatan termasuk Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

Lima lelaki tempatan berusia antara 35 hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Empat daripada kes itu membabitkan cubaan menyeludup keluar dadah jenis bunga ganja ke pasaran Eropah menggunakan taktik penyamaran sebagai barangan dagangan.

IKLAN

Ganja ditemui dalam bagasi dan lori eksport…

Dalam kes pertama pada 1 Oktober lalu, seorang lelaki berusia 60-an ditahan di KLIA Terminal 1 selepas disenarai hitam kerana tunggakan duti dan cukai. Pemeriksaan bagasinya membawa kepada penemuan 21.04 kilogram bunga ganja bernilai lebih RM2 juta.

Suspek ini sudah dituduh di mahkamah baru-baru ini.- Kata Zulkifli.

Sementara itu, pada 27 September lalu, pasukan penguat kuasa menahan sebuah lori di pintu masuk eksport selepas menemui 21 bungkusan dadah seberat 220.32 kilogram bernilai RM21.59 juta yang hendak dieksport ke Eropah.

Gudang logistik jadi tempat sorok dadah…

Tak cukup dengan itu, operasi pada 29 dan 30 September pula membongkar dua gudang logistik di Shah Alam dan Subang Jaya yang menyimpan 52 kotak bungkusan dadah dengan berat keseluruhan 464.58 kilogram dan nilai dianggarkan RM45.53 juta.

Manakala dalam kes keempat pada 3 Oktober, pihak kastam menemui lagi 294.35 kilogram bunga ganja bernilai RM28.85 juta di Zon Bebas KLIA. Taktik sama digunakan, dadah disorok dalam bungkusan berlabel jenama tuala premium dan dibungkus kemas dengan plastik kedap udara.

Sindiket guna taktik dagangan antarabangsa…

Empat lelaki berusia 35 hingga 40 tahun termasuk pemandu lori dan pemilik gudang turut ditahan bagi membantu siasatan bagi kes kedua hingga keempat. Menurut Zulkifli, kesemua kes ini menunjukkan masih ada pihak yang sanggup mempergunakan kemudahan logistik antarabangsa untuk menyeludup dadah keluar negara.

Kesemua rampasan ini menunjukkan masih ada pihak yang cuba mempergunakan kemudahan logistik dan kurier antarabangsa untuk tujuan penyeludupan.- Katanya.

Pssttt! Korang tengoklah, betapa liciknya taktik yang digunakan sindiket ni semata-mata nak kaut untung besar tanpa fikir risiko dan kesannya. Tapi akhirnya, perancangan jahat tetap tak ke mana. Jadi, Ohmedia nak ingatkan korang jangan sesekali terlibat dengan aktiviti haram macam ni, sebab sekali tertangkap, habis masa depan melayang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas