Trending
Pelajar SBP Meninggal Dunia Ketika Sertai Kejohanan Ragbi Di Ipoh, Ini Keputusan Bedah Siasat
Pelajar SBP maut ketika kejohanan ragbi di Ipoh akibat pendarahan dalaman otot pinggul.
Semalam, seorang pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan SBP Peringkat Kebangsaan 2025 di Ipoh, Perak.
Kejadian menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan membatalkan baki kejohanan tersebut sebagai tanda hormat.
Hasil bedah siasat dedah punca kematian
Memetik laporan Harian Metro, pelajar 16 tahun dikenali sebagai Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman dari Sekolah Menengah Sains (SMS) Johor, dilaporkan rebah di hadapan khemah sekitar jam 10.30 pagi ketika ingin memasuki padang bagi sesi separuh masa kedua.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata, bedah siasat mendapati punca kematian adalah pendarahan dalaman otot pinggul kanan atau “Exsanguination from PSOAS muscle tear”.
Tambahnya, pemeriksaan awal oleh Penolong Pegawai Perubatan mengesyaki mangsa terkena sawan kerana badannya menggigil dan menjadi keras.
Mangsa kemudian diberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) namun disahkan meninggal dunia pada jam 11.18 pagi.
Temu bual awal dengan pengadu mendapati si mati tidak menunjukkan apa-apa tanda sakit sebelum bermain ragbi di separuh masa pertama.
Pssttt! Allahu kejadian yang tidak terduga. Semoga keluarga diberi ketabahan dan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM