Connect with us

Oh! Media

(Video) Kes Kecurian Data Meningkat, ‘Anonymous’ Bagi Amaran Kepada Kerajaan Malaysia Jika Tidak…

Trending

(Video) Kes Kecurian Data Meningkat, ‘Anonymous’ Bagi Amaran Kepada Kerajaan Malaysia Jika Tidak…

Jangan ingat geng ‘Anonymous’ ni ada dekat America je tau, dekat Malaysia pun diorang ni sebenarnya dah lama wujud .

ADVERTISEMENT

Semalam kecoh dekat media sosial katanya ada satu kumpulan penggodam yang dikenali sebagai ‘Anonymous Malaysia’ telah bagi amaran kepada pihak kerajaan Malaysia dan dengarnya diorang ni akan memulakan serangan kepada laman web kerajaan Malaysia tak lama lagi.

Melalui posting yang dibuat kumpulan itu di Facebook, serangan itu dianggap sebagai “wake-up call” kepada kerajaan Malaysia, dan ianya dibuat agar kerajaan lebih peka dalam mencegah kebocoran maklumat.

Dalam video itu, ‘Anonymous Malaysia’ juga ada memberitahu bahawa sistem keselamatan kerajaan yang sedia ada sekarang ni adalah sangat lemah dan kemungkinan semua data untuk diceroboh adalah tinggi, dan ini juga boleh memudahkan ‘hacker’ untuk mencuri dan menjual maklumat yang diperoleh.

Kevin Reed, sebagai ketua pegawai keselamatan maklumat di Acronis berkata, tidak mungkin kumpulan itu akan melakukan “perang Internet habis-habisan” seperti yang mereka katakan, dan pihak kerajaan juga dikatakan mungkin akan mengambil satu tindakan.

Serangan yang paling mungkin dari Anonymous dalam kes ini adalah serangan DDoS (Distributial Denial of Service) atau kebocoran data yang diakses melalui kerentanan dalam jaringan.

Walaupun kegiatan mereka ni haram, mereka harus dipandang serius, dan organisasi kerajaan perlu ambil langkah untuk memastikan data mereka kukuh sehingga kelompok ini tidak mempunyai ruang untuk menebus atau menceroboh data kritikal atau berpotensi memalukan. – Kata Kevin.

Bagi yang tak tahu, Acronis adalah sebuah syarikat yang pakar dalam penyelesaian sandaran, pemulihan bencana dan keselamatan.

Kata-Kata ‘Anonymous Malaysia’

Kami adalah ‘Anonymous Malaysia’, mesej ini ditujukan kepada kerajaan Malaysia. Sistem sekuriti anda adalah sangat lemah dan kemungkinan data-data yang ada boleh diceroboh. Ini juga akan memudahkan ‘hackers’ untuk mencuri dan menjual semua data. 

Isunya disini adalah berkaitan kes data yang dicuri oleh ‘hacker’ daripada syarikat telko Malaysia sudah pun mencapai sebanyak 46 juta kes sehingga hari ini.

Mengapa kes semakin meningkat? apa tindakan yang telah diambil kepada mereka (hacker)? Laman web ‘armed forces’ kerajaan juga telah diceroboh dan banyak lagi. – Antara kata-kata yang diucapkan oleh ‘Anonymous Malaysia’ di dalam video itu.

Di akhir video, mereka juga sempat memberi peringatan terakhir kepada kerajaan Malaysia;

Sudah lama kami berdiam diri, kini masanya untuk anda buka mata. ‘We are legion, we do not forgive, we do not forget’ nantikan kami. – Kata ‘Anonymous Malaysia’ di dalam video.

Fuhhh, dah macam dalam ‘movie’, tapi ada betulnya juga, sebab ada dengar katanya sistem dekat border Malaysia-Singapura pun masih lagi guna Windows XP. Ini tak cerita lagi yang kat ATM machine. ‘Hopefully’ video ini dapatlah buka mata pihak yang sepatutnya untuk tingkatkan sekuriti data Malaysia yang sedia ada.

Kredit: Anonymous Malaysia Official, @NazmiHanafiah

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas