Trending
Kerap Dilihat Bersama, Datuk Red Perjelas Hubungan Dengan Usahawan Wanita
Datuk Red jelaskan hubungan dengan Hunny Izzaty dan dedah perbicaraan rujuk dengan Adira belum bermula.
Sejak kebelakangan ini, usahawan Datuk Seri Adnan Abu dilihat kerap bersama seorang wanita dikenali sebagai Hanny Izzaty sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Menurut laporan mStar, Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada rakan perniagaan dan masih perlu menjaga batas memandangkan perbicaraan pengesahan lafaz rujuk bersama bekas isterinya, Adira yang belum bermula.
“Perbicaraan dengan Adira belum mula lagi” -Datuk Red

Menurut Datuk Red, dia tidak mahu mengulas berlebihan soal hubungan tersebut kerana menghormati proses mahkamah yang masih berjalan.
Hubungan kami hanya atas dasar kerja sahaja, tak serius mana. Saya diupah untuk buat kerja dan tak boleh nak komen lebih-lebih sebab perbicaraan dengan Adira belum mula lagi.
Saya ini nak kata bujang bukan, dah kahwin pun bukan. Jadi apa-apa pun tunggu keputusan mahkamah nanti.
Hanny beri sinar dan dorongan baru

Bagaimanapun, Datuk Red tidak menafikan kehadiran Hunny sedikit sebanyak memberi sinar baharu dalam hidupnya selepas berdepan pelbagai cabaran.
Kami baharu sahaja berkenalan. Saya ini perlukan bimbingan supaya lebih bersemangat untuk bekerja, bukannya nak suruh orang bayar hutang.
Jadi Hanny seorang ahli perniagaan, macam-macam nasihat dia beri dan saya rasa ada dorongan baharu.
Mengakui berada dalam fasa sukar, Datuk Red berkata pelbagai perkara mengejut yang berlaku telah menjejaskan emosi dan kesihatannya.
Banyak benda mengejut berlaku kebelakangan ini sampai saya rasa hilang arah. Nak berniaga perlukan semangat, kena ada mood cantik dan ceria.
Berat badan saya pun susut, sebelum ini 81 kilogram sekarang tinggal 70 kilogram.
Pssttt! Dalam fasa kehidupan yang penuh ujian, ambil masa untuk sembuh dan betulkan arah. Jangan terburu-buru membuat keputusan besar, terutama apabila melibatkan perasaan dan masa depan.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM