Connect with us

Oh! Media

”Kenapa Kalian Kecam Umisya?” – Aslam Pertahan Isteri Pertama

Ohmedia umisya aslam anak ketiga

Trending

”Kenapa Kalian Kecam Umisya?” – Aslam Pertahan Isteri Pertama

Ahmad Aslam pertahan isteri pertama, Umisya Mazlan daripada kecaman netizen.

Pempengaruh media sosial, Aslam tampil mempertahankan isterinya, Umisya Mazlan selepas wanita itu dihujani kecaman netizen berhubung isu rumah tangga mereka.

Dalam siaran langsung di TikTok, Aslam meluahkan rasa kesal kerana ada pihak yang lebih suka menyerang isterinya sedangkan dirinya yang patut dipersalahkan.

Saya pun tidak faham. Kecamlah saya, kenapa kalian kecam Umisya? Untuk apa?

Aslam pertahan Umisya Mazlan undang reaksi netizen

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai, malah rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Aslam bahawa Umisya tidak sepatutnya menjadi mangsa kecaman.

IKLAN

Rumah tangga Aslam terus jadi sorotan

Umisya Aslam

Nama pasangan ini menjadi bualan sejak Aslam membuat keputusan berkahwin dua, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi panas di media sosial.

Sejak itu, kehidupan peribadi mereka terus menjadi perhatian netizen kerana sering dikongsikan secara terbuka di platform media sosial.

Pssttt! Dalam berumah tangga, tak semua perkara perlu dikongsi di media sosial. Kadang-kadang, lebih baik simpan urusan peribadi agar tidak mengundang kecaman luar.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas