Terdahulu, selepas pelancaran jersi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, rata-rata tidak berpuas hati dengan design jersi yang dipersembahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan membandingkan dengan jersi baharu Indonesia.
Walaupun ada yang tidak berpuas hati dengan jersi Harimau Malaya yang akan diguna pakai dalam perlawanan menjelang 2025 ini, ada rakyat Indonesia tampil berikan pujian terhadap kemajuan Malaysia dari pelbagai aspek.
Baca: “Buruknya..”, Netizen Kritik Jersi Baru Harimau Malaya Kurang Menarik?
“Kami cuma menang di design baju bola…” – Netizen Indonesia
Satu posting di laman X, seorang netizan warga Malaysia menyatakan rasa tidak puas hati kepada jersi baharu Malaysia dan membandingkan dengan design jersi baharu Indonesia yang jauh lebih baik serta mempersoalkan entiti yang terlibat dalam pembikinan jersi tersebut. Dalam pada ramai yang bersetuju dengan kenyataan itu, seorang netizen Indonesia berkata sebaliknya.
Tidak mengapa, kamu semua (rakyat Malaysia) masih lebih baik dari segi harga bahan makanan, elektrik, minyak, rumah dan pendidikan. Kami hanya menang di design jersi bola sahaja – Kata netizen Indonesia
Rata-rata netizen Indonesia memberikan reaksi yang sama terhadap kenyataan yang dilontarkan pengguna @fxmario itu. Bahkan ada yang mengakui sudah bermigrasi di Malaysia kerana peluang yang lebih luas.
“Kualiti kehidupan di Malaysia lebih baik…” – Netizen Indonesia
Selain daripada perkara yang disebut di atas, aspek kesihatan juga mendapat perhatian rakyat Indonesia dan ada antara mereka yang sanggup ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan.
Ini betul, saya dari Pekanbaru, keluarga lebih memilih untuk dapatkan rawatan di Melaka, Malaysia daripada berubat disini (Indonesia) menghabiskan puluhan juta Rupiah (ribuan Ringgit di Malaysia). – Kata Netizen Indonesia
Jelas beberapa netizen Indonesia juga menyatakan kualiti kehidupan di Malaysia lebih baik malah ada yang menetap di Malaysia gembira dapat kemudahan elektrik yang lebih murah berbanding di Indonesia.
#OhmediaNasihat
Bagi Ohmedia, Malaysia dan Indonesia adalah negara yang unik dan harus kita raikan. Setiap negara ada lebih dan kurangnya, sebagai contoh, Indonesia kaya dengan budaya, kreativiti, dan sumber semula jadi manakala Malaysia ungguli infrastruktur, kesihatan dan akses kepada perkhidmatan.
Daripada membandingkan kekurangan, ada baiknya kita saling menghargai dan belajar antara satu sama lain kerana keunikan ini menjadikan hubungan serantau yang lebih kuat!