Connect with us

Oh! Media

Ibu Sakit Di Hospital, Zaquan Adha Berang Netizen Libatkan Isu Anak-Anak Rita Rudaini

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 24t143701878

Oh! Artis

Ibu Sakit Di Hospital, Zaquan Adha Berang Netizen Libatkan Isu Anak-Anak Rita Rudaini

Baru-baru ini tular, bekas pemain bola sepak Zaquan Adha memuat naik satu tangkap layar di instagram storynya yang menunjukkan mesej seorang wanita kepadanya.

Menerusi mesej tersebut, wanita itu telah mengaitkan ibunya dengan kontroversi yang melibatkan kembarnya, Aidil Zafuan bersama Rita Rudaini.

Ateyn Featured Image   2024 09 24t143422907

Difahamkan, individu terbabit membalas perkongsian Zaquan Adha mengenai ibunya yang sedang sakit di hospital.

IKLAN

Mak tak nak tengok cucu dari Rita ke? Kesian Rita banyak memendam rasa.

Semoga ada keajaiban untuk mak awak.

Apa yang membuatkan Zaquan Adha berang apabila wanita itu tidak menghormati privasi mereka. Zaquan berkata isu ini tidak perlu melibatkan orang tuanya.

Boleh tak kau tolong hormat hal peribadi orang? Tak tahu apa-apa jangan sibuk masuk campur.

Jaga rumah tangga kau ja sudah. Kau didik anak-anak kau supaya tak sibuk hal orang.

Kalau tak tahu cerita tak payah sedap mulut nak cakap. Jangan bila kau sakit nak mati nanti ada orang cakap benda bukan-bukan pasal kau.

Tambahnya lagi, wanita itu tiada hak untuk bersuara kerana tidak tahu kisah yang sebenar.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 24t143701878

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram @zaqone_08


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas