Trending
Kantoi Di Songkhla, Wanita Didakwa Kahwin Dua Akhirnya Buka Cerita
Wanita didakwa kahwin dua di Thailand akhirnya tampil jelaskan situasi selepas disiasat pihak berkuasa.
Baru-baru ini tular dakwaan seorang wanita mengenai kakak iparnya yang dikatakan berkahwin lain sedangkan masih bergelar isteri kepada abangnya.
Dakwaan menyebabkan si isteri telah dipanggil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan untuk diambil keterangan.
Terbaru, si isteri menerusi laporan Harian Metro menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
Dia enggan memberi sebarang kenyataan kerana tidak mahu mengganggu siasatan.
Tegaskan cerai sudah terlepas sejak 2022


Menurutnya lagi, apa pun yang dia jelaskan ketika ini tetap akan mengundang kecaman kerana isu ini sudah pun jadi perhatian masyarakat.
Jika saya berkata-kata buat masa ini pun masyarakat tetap menyalahkan saya kerana perkara ini sudah menjadi isu besar.
Namun dalam masa sama, dia mendakwa lafaz cerai bersama suami pertama sebenarnya sudah berlaku pada 2022 lagi, sebelum dia berkahwin dengan suami kedua di Thailand pada November 2024.
Namun kesilapan kami adalah tidak mendaftar cerai di pejabat agama sebelum saya berkahwin di Thailand. Saya mengaku berkahwin di Thailand tanpa membawa surat cerai, namun proses di sana sedikit mudah yang membolehkan akad nikah berlangsung.
Kisah terbongkar bila keluarga ‘menangkap’ di rumah suami kedua

Kisah ‘poliandri’ wanita ini hangat selepas adik iparnya tampil mendedahkan dua surat nikah dengan lelaki berbeza.
Ekin memuat naik kenyataan di Facebook, mendakwa abang kandungnya telah dimadukan sejak setahun lalu.
Menurutnya, kakak iparnya itu berasal dari Terengganu dan sudah berkahwin senyap-senyap dengan seorang lelaki di Songkhla, Thailand.
Menurut Ekin, semuanya terbongkar pada 6 Disember lalu selepas keluarga mereka dengan bantuan penduduk kampung berjaya ‘menangkap’ wanita tersebut di rumah suami yang dikahwininya di Songkhla.
Pssttt! Bila hal rumah tangga jadi tular, semuanya boleh jadi lebih besar daripada apa yang sebenarnya berlaku. Apa pun, biarlah siasatan berjalan dengan adil tanpa tekanan orang luar. Semoga kedua-dua pihak dapat menemui penyelesaian yang tak menambah beban emosi sesiapa.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.