Connect with us

Oh! Media

“Kalau Tak Jumpa, Jumpa Di Syurga” – PU Rahmat Pesan Tolong Jaga Ibunya

Ohmedia pu Rahmat

Trending

“Kalau Tak Jumpa, Jumpa Di Syurga” – PU Rahmat Pesan Tolong Jaga Ibunya

PU Rahmat sempat titip pesanan penuh sebak sebelum ditahan Israel ketika sertai misi Global Sumud Flotilla.

Pendakwah bebas Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat sempat menitipkan pesanan kepada rakannya, Imam Muda Asyraf sebelum ditahan tentera Israel ketika misi GSF semalam.

Memetik perkongsian TikTok Bernama Radio, Imam Muda Asyraf yang ditemui ketika perhimpunan di Kuala Lumpur berkata, PU Rahmat meminta ibunya ditenangkan dengan khabar gembira, bukan khabar ketakutan ketika misi ini sedang berjalan.

Pesanan PU Rahmat Ikhsan kepada rakan-rakan

@bernamaradioofficial

Tolong tenangkan ibu dan berikan khabar gembira bukan khabar ketakutan. Itu pesanan terakhir Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat kepada Imam Muda Asyraf. PU Rahmat telah disahkan ditahan oleh tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF). #digitalbernamaradio #globalsumudflotilla #globalsumudflotillamalaysia #g4z4 #breakthesiege

♬ original sound – Bernama Radio – bernamaradioofficial

Pesanan dia simple, saya nak cakap pun ia melibatkan peribadi tapi dia menyebut rakan-rakan tolong tenangkan ibunya, berilah khabar gembira bukan khabar ketakutan. Ceritalah ini adalah kemenangan, ceritalah takkan berlaku apa-apa keganasan.

PU Rahmat juga dilaporkan sempat memohon maaf, memberi salam, serta berpesan agar keluarganya menjaga ibu dan terus mendoakan keselamatannya.

IKLAN

4.30 pagi dia minta maaf, bagi salam dekat semua. Suruh jaga mak, jaga diri, suruh doa kat dia, kalau tak jumpa, jumpa di syurga.

Semalam, Kementerian Luar memaklumkan 23 rakyat Malaysia yang ditahan ketika misi GSF berada dalam keadaan baik dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

Kerajaan Malaysia kini sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi menjamin keselamatan dan kepulangan segera 23 rakyat yang terlibat.

Pssttt! Semangat serta ketabahannya menjadi simbol perjuangan demi kemanusiaan, meskipun berdepan risiko besar di tangan rejim Israel. Sama-sama kita doakan agar beliau dan seluruh wira flotilla kembali dengan selamat.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas