Connect with us

Oh! Media

“Kalau Berada Di 40 Negara Maju Lain, Yasin Tidak Akan Duduk Lokap” – Syed Saddiq

Syed Saddiq

Trending

“Kalau Berada Di 40 Negara Maju Lain, Yasin Tidak Akan Duduk Lokap” – Syed Saddiq

Tampil menyatakan pendiriannya terhadap isu kanabis untuk perubatan di Malaysia, YB Syed Saddiq telah hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi memberi sokongan kepada penyanyi Mimpi Laila, Yasin Sulaiman.

Terdahulu, penyanyi itu didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium, Mac lalu.

BACA: “Saya Doakan Saudara Yasin Sulaiman Dapat Pembelaan Yang Terbaik..” – Syed Saddiq

IKLAN

Menerusi laporan Malaysia Gazette, Syed Saddiq berkata penyanyi itu tidak akan ditahan di penjara sekiranya dia berada di 40 negara maju yang lain.

Yasin tak akan dipenjara jika tinggal di negara maju lain

Katanya, jika Yasin tinggal di 40 negara tersebut, dia akan diraikan dan dibantu untuk merawat penyakit yang dihadapinya.

Syed Saddiq turut berkata undang-undang Malaysia lapuk, ketinggalan zaman dan lebih 70 tahun tidak diperbaharui menyebabkan Yasin dipenjara.

Dalam hantaran lain, Ahli Parlimen Muar itu menyatakan solidaritinya untuk Yasin Sulaiman di mana kerajaan perlu mengiktiraf bahawa banyak pesakit di Malaysia perlu menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan.

Solidariti untuk Yasin

Tambahnya, sudah tiba masa negara Malaysia mengikut jejak langkah lebih 40 buah negara di seluruh dunia dalam mengiktiraf kanabis sebagai alternatif perubatan.

Beliau berpendapat pesakit yang terpaksa menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan perlu diberikan kelonggaran yang sewajarnya dengan tujuan penggunaan mereka. Tambahnya, hukuman gantung adalah hukuman yang terlampau berat kepada pesakit.

Dalam pada itu, Yasin yang dilihat ceria berbaju putih sempat mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan ahli kabinet kerana bersetuju dengan kanabis perubatan.

Kredit: Twitter Syed Saddiq | Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas