Connect with us

Oh! Media

“Saya Doakan Saudara Yasin Sulaiman Dapat Pembelaan Yang Terbaik..” – Syed Saddiq

Saddiq Yasin

Trending

“Saya Doakan Saudara Yasin Sulaiman Dapat Pembelaan Yang Terbaik..” – Syed Saddiq

Penyanyi nasyid dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Petaling Jaya di atas dua pertuduhan iaitu menanam 17 pokok ganja dan mengedar dadah jenis sama minggu lalu.

BACA: Yasin Sulaiman Didakwa Kes Berkaitan Dadah, Kirim Salam Pada Syed Saddiq

Penyanyi itu dilaporkan akan dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952. Sebaik tiba di mahkamah, Yasin yang diiringi pegawai polis sempat berkata kepada media agar menyampaikan salam kepada ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

IKLAN

Dia memohon agar Syed Saddiq segerakan kelulusan kanabis untuk tujuan perubatan di Parlimen.

Memberi respon balas kepada ‘salam’ itu, Syed Saddiq menerusi satu hantaran di Instagram mendoakan agar Yasin mendapat pembelaan yang terbaik di mahkamah.

Beliau berkata pendiriannya tidak berubah iaitu kerajaan sepatutnya meluluskan kanabis untuk tujuan perubatan. Dalam hantaran itu beliau turut menyertakan ucapannya di Parlimen mengenai isu ini.

Kredit: Instagram Syed Saddiq

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas