Trending
“Jangan Terlalu Melebih!” – Kieda Crepe Ditegur Gara-Gara Melatah Bila Ditegur Pelanggan
Tindakan usahawan popular Kieda Crepe yang dikatakan berjumpa sendiri dengan pelanggan selepas menerima kritikan terhadap produknya mencetuskan reaksi kurang senang di media sosial.
Menerusi TikTok, seorang pengguna yang dikenali sebagai Que menyifatkan tindakan tersebut sebagai melampau dan menasihatkan Kieda agar lebih berhati-hati dalam bertindak balas terhadap komen pelanggan.
Jangan terlalu melebih… ini peringatan daripada saya. Sementara masih ada yang menyokong, jaga tingkah laku dan kata-kata.
Netizen minta jangan normalisasikan ‘buli’ pelanggan
Bukan tu jer, Que turut menegur tindakan mengugut pelanggan dengan saman hanya kerana memberi pandangan jujur.
Berhenti normalisasikan membuli pelanggan… Apa nak disaman sangat? Setakat crepe nak saman-menyaman.
Menurutnya, mentaliti cepat melatah dan menggunakan tindakan undang-undang ke atas pelanggan akan memakan diri sendiri dalam jangka masa panjang.
Kieda Crepe terus jadi bualan, netizen harap lebih matang

Isu membabitkan Kieda bukanlah yang pertama, namun netizen berharap beliau dapat mengambil kritikan sebagai pembakar semangat, bukan alasan untuk mencetuskan konfrontasi.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM