Connect with us

Oh! Media

Isu Hot Daddy: Mufti Gesa Tindakan Tegas Dikenakan Kepada YouTuber Bros Gang TV

hot daddy

Trending

Isu Hot Daddy: Mufti Gesa Tindakan Tegas Dikenakan Kepada YouTuber Bros Gang TV

Ohmedia setuju dengan saranan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor tentang isu YouTuber, Bros Gang TV panggil ‘Hot Daddy’ dalam podcast.

ADVERTISEMENT

BACA: Bros Gang TV Pertahan Keputusan Jemput Bapa Ayam Dalam ‘Podcast’

Tegas Wan Salim, apa yang dilakukan mereka umpama mempromosikan maksiat dan menormalisasikan aktiviti persundalan.

Apapun alasan, ia tetap dilihat seperti mempromosi maksiat…

Adalah amat dikesali tindakan pihak tidak bertanggungjawab menjemput tertuduh dalam kes mengiklan persundalan menerusi aplikasi X bagi menyertai podcast sebagai tetamu.

Tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai satu cara mempromosi maksiat dan menormalisasi persundalan.

Sekiranya keadaan itu tidak dikekang atau dicegah akan mempengaruhi golongan remaja sekali gus membawa kepada jurang keruntuhan akhlak.

Kerajaan harus ambil tindakan tegas…

Bagi memastikan perkara ini tidak berterusan, Wan Salim berharap agar pihak kerajaan mengambil tindakan ke atas penganjur podcast tidak bermoral.

Kita harap dengan tindakan undang-undang itu akan menjadi pengajaran kepada semua pihak dan sebagai satu langkah mencegah perbuatan menormalisasikan maksiat di negara ini.

Setakat ini Menteri Komunikasi masih belum memberikan apa-apa respon mengenai isu ini.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas