Connect with us

Oh! Media

Mufti Nasihat Umat Islam Yang Pergi Konsert The Weeknd Bertaubat Jika Terlibat Ritual Pemujaan

ohmedia ohmedia featured the weeknd mufti

Trending

Mufti Nasihat Umat Islam Yang Pergi Konsert The Weeknd Bertaubat Jika Terlibat Ritual Pemujaan

Mufti Pulau Pinang nasihat umat Islam yang hadir konsert The Weeknd supaya bertaubat jika sengaja menyertai ritual pemujaan.

Intipati berita

  • Mufti Pulau Pinang menjelaskan individu yang hadir ke konsert The Weeknd tanpa mengetahui atau menyertai ritual pemujaan tidak boleh terus dihukum syirik.
  • Jika seseorang menyembah selain Allah SWT dengan sedar dan rela, perbuatan itu termasuk syirik besar.
  • Orang ramai dinasihatkan tidak membuat kesimpulan terhadap semua pengunjung konsert berdasarkan dakwaan atau tafsiran persembahan.
  • Umat Islam wajib menjauhi hiburan yang melibatkan maksiat seperti pergaulan bebas, pendedahan aurat, arak dan perlakuan tidak senonoh.

Kehadiran umat Islam ke konsert The Weeknd baru-baru ini terus menjadi perhatian apabila persembahan penyanyi antarabangsa itu didakwa mempunyai unsur ritual pemujaan yang bercanggah dengan akidah Islam.

Menurut laporan Berita Harian, Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman tampil memberikan penjelasan mengenai kedudukan hukum umat Islam yang menghadiri konsert berkenaan.

IKLAN

Tidak semua yang hadir konsert The Weeknd dianggap syirik

the weeknd 2

Menurut beliau, penilaian hukum perlu membezakan antara individu yang sekadar hadir sebagai penonton tanpa mengetahui kewujudan ritual tersebut dengan mereka yang secara sedar mengambil bahagian atau mengiktiraf amalan berkenaan.

Jelasnya, seseorang yang hanya hadir untuk menyaksikan persembahan tanpa mengetahui atau menyertai sebarang ritual pemujaan tidak boleh terus dihukum melakukan syirik atau terkeluar daripada Islam.

Kehadiran seseorang semata-mata untuk menyaksikan persembahan hiburan tanpa mengetahui atau menyertai sebarang ritual pemujaan tidak menjadikan individu itu melakukan syirik atau terkeluar daripada Islam.

Namun, bagi mereka (umat Islam) yang menghadiri konsert tersebut sangat digalakkan untuk bermuhasabah, beristighfar dan menunaikan solat sunat taubat. Bagi mereka yang benar-benar melakukan perkara yang diharamkan, taubat adalah wajib.

Sengaja sertai ritual pemujaan, hukumnya haram

ohmedia ohmedia featured konsert the weeknd jakim

Bagaimanapun, Mohd Sukki menegaskan bahawa umat Islam yang mengetahui kewujudan unsur pemujaan tetapi sengaja menyokong atau menyertainya telah melakukan perkara yang dilarang.

Tahap kesalahan akidahnya bergantung pada bentuk penyertaan, niat dan kepercayaannya.

Beliau turut menjelaskan bahawa sekiranya seseorang benar-benar melakukan penyembahan terhadap selain Allah SWT dengan penuh kesedaran dan kerelaan, perbuatan itu merupakan syirik yang amat besar dosanya.

Individu terbabit wajib segera melakukan taubat nasuha dengan meninggalkan perbuatan tersebut, menyesal dan berazam untuk tidak mengulanginya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan bahawa semua pengunjung konsert The Weeknd terlibat dalam ritual pemujaan hanya berdasarkan dakwaan atau tafsiran terhadap persembahan pentas.

Katanya, tindakan JAKIM menjalankan siasatan dan penelitian sewajarnya diberikan ruang bagi mengenal pasti kedudukan sebenar perkara tersebut berdasarkan fakta.

Beliau turut menasihatkan umat Islam supaya lebih berhati-hati dalam memilih persembahan hiburan, khususnya yang menampilkan simbol, perlakuan atau mesej yang boleh mengelirukan serta menjejaskan pegangan akidah.

Mengulas lanjut, Mohd Sukki berkata kewajipan bertaubat bukan hanya terhad kepada mereka yang terlibat dalam ritual pemujaan, malah turut merangkumi umat Islam yang sengaja menghadiri program hiburan yang melibatkan perbuatan maksiat.

Sekiranya sesuatu konsert membabitkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa menjaga batas syarak (ikhtilat yang diharamkan), pendedahan aurat, perlakuan tidak senonoh, pengambilan arak atau perbuatan maksiat yang lain, maka umat Islam yang sengaja terbabit dalam perkara tersebut wajib bertaubat kepada Allah SWT.

Islam tidak mengharamkan hiburan secara mutlak, namun hiburan mestilah mematuhi garis panduan syarak dan tidak menjadi medan untuk melakukan maksiat.

“Justeru, umat Islam hendaklah menjauhi hiburan yang jelas mengandungi unsur kemungkaran, walaupun tidak membabitkan sebarang ritual pemujaan atau unsur syirik.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas