Connect with us

Oh! Media

Bros Gang TV Pertahan Keputusan Jemput Bapa Ayam Dalam ‘Podcast’

bros gang tv

Trending

Bros Gang TV Pertahan Keputusan Jemput Bapa Ayam Dalam ‘Podcast’

Rasanya macam baru jer Ohmedia bangkitkan persoalan tentang nanti mungkin akan ada pihak panggil ‘Hot Daddy’ ni dalam podcast. Rupa-rupanya dah berlaku pun dan pihak itu adalah Bros Gang TV
(BGTV).

ADVERTISEMENT

Disebabkan tindakan itu, rata-rata netizen mempersoalkan keperluan BGTV menjemput lelaki itu yang terang-terang sudahpun dituduh di mahkamah kerana terlibat dalam aktiviti persundalan dan zina di media sosial.

Sedar tentang kecaman yang diterima, BGTV tampil mempertahankan tindakan mereka.

Podcast BGTV memang berkonsepkan realiti kehidupan…

BGTV berkata, podcast mereka berkonsepkan realiti kehidupan tetapi itu tidak bermaksud menyokong perkara tidak bermoral.

Untuk pengetahuan semua, BGTV tidak pernah menyokong mana-mana pihak yang melakukan perkara yang tidak bermoral. Malah, BGTV melawan dan mencegah perkara-perkara tersebut.

Di dalam podcast tersebut, beberapa perkara yang telah berlaku. Perdebatan yang hebat telah berlaku antara kami dan tetamu. BGTV adalah satu platform reality showcase. Maka segala video yang dikeluarkan berdasarkan realiti kehidupan.

Walaupun sudah memberi penjelasan, masih ramai lagi yang tidak bersetuju dengan tindakan BGTV yang seolah-olah menjana keuntungan di sebalik konon-konon ingin memberi ‘awareness’ kepada orang ramai.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas