Connect with us

Oh! Media

Isu Harta Faraid, Anak Sulung Pengasas Dnars Sokong Bapa Saudara Fail Saman RM10 Juta

Ohmedia dnars

Trending

Isu Harta Faraid, Anak Sulung Pengasas Dnars Sokong Bapa Saudara Fail Saman RM10 Juta

Anak sulung Allahyarham Faziani tegaskan akan sokong saman RM10 juta dalam isu perebutan faraid.

Anak sulung kepada pengasas Dnars, Allahyarham Faziani Rohban tampil bersuara isu harta pusaka yang kini sedang berjalan di mahkamah.

BACA: “Yakin Maam Bukan Pengikis?” – Anak Pengasas Dnars Dakwa Founder Popular ‘Provoke’ Ahli Faraid

Iqbar menegaskan dia akan membantu dan menyokong bapa saudaranya untuk memfailkan saman bernilai RM10 juta jika tuduhan terhadap keluarga mereka berlarutan.

IKLAN

Anak sulung pengasas Dnars bersuara

Anak Dnars

Menerusi perkongsian di Threads, Iqbar menyatakan pendiriannya sebagai anak sulung untuk mempertahankan hak keluarga serta memastikan segala urusan faraid diputuskan dengan adil.

Iqbar turut mengingatkan pihak sebelah sana agar tidak melanggar hukum agama dalam urusan faraid.

Harta faraid bukan hak mana-mana individu sepenuhnya selagi dalam perbicaraan atau pengiraan belum selesai. Jangan langkau syariat agama.

“Wang masih ada, bukannya sudah habis” – Bapa tiri

Terdahulu, suami kepada Allahyarham Faziani Rohban iaitu Ahmad Rizal mendakwa tidak menerima sebarang surat dari mahkamah berhubung arahan memulangkan semula wang RM 1.3 juta yang diambilnya dalam peti besi.

Dnars

Lebih mengejutkan, dia turut mendakwa pihak defendan iaitu adik-beradik pengasas Dnars masih berhutang wang faraid bernilai RM3.2 juta.

Dakwanya lagi, wang dipegangnya itu hanya enam peratus daripada jumlah tuntutan harta sepencarian bernilai RM80 juta.

Pssttt! Nampaknya isu harta pusaka ini semakin serius dan melibatkan pelbagai pihak dalam keluarga Allahyarham Faziani. Dalam hal seperti ini, wajar untuk semua pihak bersabar serta menghormati proses mahkamah agar tidak menjejaskan maruah keluarga sendiri.

Kredit: Threads Iqbar Hakim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas