Trending
“Yakin Maam Bukan Pengikis?” – Anak Pengasas Dnars Dakwa Founder Popular ‘Provoke’ Ahli Faraid
Isteri baru bapa tiri didakwa campur tangan isu faraid keluarga Dnars.
Nama keluarga pengasas kosmetik terkenal, Dnars kembali menjadi bualan selepas anak arwah, Irdina Hakim Jasman, tampil meluahkan rasa tidak puas hati melalui satu hantaran di TikTok.
BACA: “Kalau Korang, Takut Tak Pakai ‘Bra’ Orang Mati” – Luahan Anak Pengasas Dnars Buat Ramai Tergamam
Dalam video tersebut, Irdina mendakwa, ada seorang wanita yang bukan ahli faraid turut mencampuri urusan harta pusaka arwah ibunya.
Irdina dedah founder kosmetik campur tangan urusan faraid
Dedahnya, wanita yang merupakan isteri baru kepada ‘duda’ arwah ibunya sentiasa hadir untuk mendengar perbicaraan kes faraid di mahkamah.
Dakwa Irdina lagi, wanita yang kini bergelar founder kosmetik itu dikatakan mengapi-apikan ahli faraid sedangkan dia langsung tiada kena mengena.
Kau bukan sesiapa, tak ada harta pun dalam tu. Tapi mencampuri pula, provoke lagi ahli-ahli faraid. Dasar muka jamban. Kalau dah pengikis, selamanya pengikis. Tak perlu nak perbetulkan kau punya imej dengan ‘Maam’ atau operate muka, sebab pergi mana orang dah tahu video biru.
Susulan daripada dakwaan tersebut, ramai netizen terkejut kerana dapat menangkap siapa individu yang dimaksudkan.
“Yakin Maam tak gila harta si mati?”

Netizen berharap ada keadilan buat keluarga arwah dan isu faraid dapat diselesaikan dengan segera.
Terdahulu, Irdina berkata, waris arwah masih belum menerima wang RM1.3 juta yang diambil bapa tiri dalam peti besi.
Mahkamah sebelum ini memberikan tempoh 30 hari kepada suami Allahyarham, Ahmad Shah Rizal untuk menyerahkan semula wang itu.
Namun, Ahmad Shah Rizal mendakwa dia tidak menerima sebarang surat daripada mahkamah mengenai arahan itu.
Pssttt! Tidak dapat bayangkan perasaan anak-anak arwah menghadapi isu ini. Walaupun sudah 6 tahun berlalu, perasaan sedih kehilangan ibu tidak akan pernah hilang. Semoga yang baik-baik je buat Irdina dan keluarga.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM