
Trending
“Isteri Saya Didesak!” – Suami Elcah Tetap Dakwa Syada Amzah Perosak Rumah Tangga
Afi Hamri dakwa Elcah didesak bersihkan nama Syada Amzah. Syada dikatakan perosak rumah tangga mereka!
Suami kepada pempengaruh terkenal, Elcah iaitu Afi Hamri tampil membuat pendedahan panas di Threads mengenai kenyataan isterinya baru-baru ini yang dilihat mempertahankan Syada Amzah.
Menurut Afi, Elcah sebenarnya didesak oleh pihak tertentu untuk membuat hantaran membersihkan nama Syada yang kini dikaitkan sebagai pihak ketiga dalam rumah tangga mereka.
Isteri saya terpaksa buat kenyataan sebab ada pihak desak dia ‘clear’ kan nama Syada. Padahal dari awal dia perosak.
Afi enggan berdiam diri

Afi dalam masa sama tetap bertegas tidak akan ‘clear-kan’ nama sesiapa, selagi tiada permohonan maaf rasmi daripada pihak terbabit.
Saya takkan clear kan apa-apa sampai ada kenyataan rasmi permohonan maaf dan berhenti ganggu rumah tangga kami.
Malah, beliau mendakwa penyanyi itu telah menghantar mesej-mesej yang menghasut isterinya untuk bercerai.
“Jangan rosakkan orang lain!” – Afi Hamri

Afi turut menyelar tindakan Syada yang dikatakan suka campur tangan dalam urusan rumah tangganya, walaupun Elcah dilihat masih bahagia bersamanya.
Jangan rosakkan orang lain sebab hidup kau sendiri tak damai.
Setakat ini, Syada Amzah belum memberikan sebarang respon rasmi terhadap dakwaan tersebut.
Pssttt! Kadang-kadang, lebih baik diam daripada cuba menegakkan benang yang basah. Jika benar tak bersalah, biar masa yang buktikan segalanya.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
