Connect with us

Oh! Media

Israel Gelar Global Sumud Flotilla Sebagai Hamas-Sumud

Ohmedia global sumud israel

Oh! Tidak

Israel Gelar Global Sumud Flotilla Sebagai Hamas-Sumud

Israel tahan kapal Global Sumud Flotilla, aktivis pro-Palestin akan dihantar pulang ke Eropah dalam keadaan selamat.

Ketegang di laut kembali jadi perhatian dunia bila tentera laut Israel dilaporkan memintas kapal dari Global Sumud Flotilla (GSF) yang dalam perjalanan menuju ke Gaza.

Perkembangan terbaru ini nyata menimbulkan persoalan tentang nasib aktivis pro-Palestin yang berada di atas kapal tersebut.

Aktivis Global Sumud Flotilla akan dihantar pulang ke Eropah…

556884578 1383060546508842 3920571282224694846 n

Menurut kenyataan rasmi daripada Kementerian Luar Israel, semua penumpang kapal yang mereka rujuk sebagai “Hamas-Sumud” kini berada dalam keadaan selamat.

IKLAN

Difahamkan, kesemua aktivis itu akan dihantar pulang ke Eropah melalui proses pengusiran yang telah ditetapkan.

Penumpang Hamas-Sumud di atas kapal layar mereka menuju ke Israel dengan selamat dan aman, di mana prosedur pengusiran mereka ke Eropah akan bermula. Penumpang selamat dan dalam keadaan sihat.- Kata kementerian tersebut di platform X.

Israel sahkan keadaan penumpang stabil…

Rakyat Malaysia

Walaupun kapal mereka sudah ditahan, laporan sama turut menegaskan bahawa semua aktivis pro-Palestin berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan baik. Israel menekankan proses penghantaran pulang itu akan dilakukan dengan segera.

Buat masa ini, belum ada sebarang reaksi balas rasmi daripada pihak penganjur Global Sumud Flotilla berhubung penahanan dan pengusiran tersebut.

Untuk rekod, flotilla ini menjadi perhatian antarabangsa kerana membawa misi simbolik bagi menentang sekatan Israel ke atas Gaza. Kehadiran mereka di perairan antarabangsa sering dianggap mencabar kawalan Israel yang berulang kali berjanji untuk menghalang sebarang cubaan masuk ke wilayah Gaza melalui laut.

Pssttt! Korang, apa yang berlaku ni jelas tunjuk betapa sukarnya perjuangan aktivis yang cuba bantu rakyat Gaza. Walaupun misi mereka sering dihalang, semangat untuk tunjuk solidariti tetap diteruskan. Ohmedia nak pesan, kita mungkin tak mampu turun ke laut macam mereka, tapi kita masih boleh sokong perjuangan Palestin dengan cara kita sendiri doa, kesedaran, dan sebarkan kebenaran.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas