
Trending
Inkues Kematian Zara Qairina: Prosiding Tertutup Demi Lindungi Saksi Kanak-Kanak Mulai Hari Ini
Inkues kematian Zara Qairina dijalankan secara tertutup demi lindungi saksi kanak-kanak.
Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari ke-11 hari ini dijalankan secara in camera atau tertutup kerana melibatkan saksi kanak-kanak.
Menurut laporan Kosmo, hanya pihak berkepentingan sepertu pegawai undang-undang daripada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) dan wakil Kementerian Pendidikan saja dibenarkan hadir sebagai pemerhati.
Tiada perintah larangan

Walaupun tiada gag order dikeluarkan, Koroner Amir Shah Amir Hassan berulang kali mengingatkan semua pihak termasuk media supaya mematuhi peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Lebih 30 saksi kanak-kanak akan dipanggil dalam kes Zara Qairina

Mahkamah Koroner dijangka mendengar keterangan daripada lebih 30 saksi kanak-kanak dalam beberapa hari akan datang, daripada sekurang-kurangnya 68 saksi yang disenaraikan.
Setakat ini, lapan saksi dewasa sudah tampil memberi keterangan sejak prosiding bermula pada 3 September lepas.
Pssttt! Kes yang melibatkan kanak-kanak perlu ditangani dengan penuh sensitiviti. Hormatilah proses undang-undang demi menjaga emosi dan keselamatan mereka.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
