Trending
Ini Tindakan Yang Diambil Facebook Terhadap Kumpulan Facebook Jijik Kongsi Gambar Wanita Hamil
Jijik dan memalukan! Itulah yang kami rasakan bila melihat ada yang tergamak wujudkan group Facebook dengan nama Koleksi Mak Buyung. Group Facebook ini telah disertai lebih 5,000 orang dan mereka telah berkongsi ratusan gambar wanita hamil yang diambil secara senyap ketika berada di tempat awam.
Perbuatan tidak bermoral ini sangat menjijikkan dan semua ahli seperti tidak punya akal. Memetik laporan Vice World News, group Facebook ini dikendalikan oleh 6 orang lelaki warganegara Malaysia yang mengajak orang ramai untuk meraikan imaginasi seksual terhadap wanita hamil.
Melihat pada ruangan komen setiap gambar yang dikongsi juga amat jijik dan menakutkan.
i got a dm today sending me acouple of links to a facebook group and post.
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ant33ater) October 31, 2021
these people were fetishizing PREGNANT mothers and there's some signs even showing that some might even be taking 'candid' …unconsented pictures.
this is unbelievable and repulsive.
im shocked. pic.twitter.com/lZhF0AUmJ0
Facebook ambil tindakan!
Difahamkan, pihak Facebook Malaysia telah menutup group Facebook Koleksi Mak Buyung selepas mendapati mereka melanggar etika yang ditetapkan. Kami yakin ada banyak lagi group yang tidak bermoral seperti ini dan diharapkan agar lebih banyak laporan diterima pihak Facebook.
Apapun kami sarankan kaum wanita di luar sana lebih berhati-hati untuk berkongsi sebarang gambar. Jangan terlalu bebas berkongsi gambar yang menampakkan bentuk badan. Jagalah diri anda kerana tidak mungkin orang lain akan menjaga diri anda.
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM