Connect with us

Oh! Media

Ini Komen Datuk Fizz Fairuz Lihat KJ Buat Lawatan Mengejut Ke Hospital Berbaju Biasa

Ohmedia fizz kj

Oh! Artis

Ini Komen Datuk Fizz Fairuz Lihat KJ Buat Lawatan Mengejut Ke Hospital Berbaju Biasa

Tular foto di media sosial apabila Khairy Jamaluddin atau dikenali sebagai KJ berpenampilan kasual tanpa diiring ramai telah membuat lawatan mengejut ke Hospital Kajang semalam, bagi melihat keadaan sebenar hospital tersebut.

BACA: “Jangan Abaikan SOP, Termasuk Individu Lengkap Vaksin” – KJ

Pemakaian dan gaya yang bersahaja Menteri Kesihatan Malaysia itu telah membuat ramai pihak kagum dengan sikapnya yang rendah diri dan tidak berlebihan ketika membuat lawatan.

IKLAN

Tidak terkecuali, pelakon Datuk Fizz Fairuz turut menghormati dan memandang tinggi usaha KJ memastikan sistem kesihatan di Malaysia berjalan dengan lancar.

Saya respect @khairykj sebagai menteri.. tanpa menghiraukan pangkat dan darjat.. syabas YB! – Kata Fizz Fairuz.

Foto KJ melawat hospital secara mengejut itu mula tular selepas Ketua Program Akademi Pilihan Raya (APR), Nik Aminuddin NSS memuat naik gambar kehadiran KJ di hospital itu.

Menurutnya,  KJ serta seorang pegawai dalam diam membuat lawatan tersebut tanpa diketahui pihak atasan hospital tersebut.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas