Connect with us

Oh! Media

“Jangan Abaikan SOP, Termasuk Individu Lengkap Vaksin” – KJ

Khairy Jamaluddin

Trending

“Jangan Abaikan SOP, Termasuk Individu Lengkap Vaksin” – KJ

Individu yang sudahpun lengkap vaksin tidak terkecuali dari memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mencuci tangan dengan kerap. Walaupun sudah divaksin lengkap, kita masih boleh dijangkiti wabak yang melanda.

ADVERTISEMENT

BACA : Dilantik Sebagai Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Ucap Penghargaan

Menurut laporan Kosmo, sekiranya perkara tersebut tidak diamalkan, berkemungkinan kita tidak mampu beralih ke fasa pandemik dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Jangan pernah leka!

Tindakan-tindakan ini kelihatan mudah tetapi ia mampu melindungi kita daripada jangkitan.

Khairy juga menegaskan bahawa untuk kita keluar dari pandemik bukan hanya bergantung kepada usaha dan strategi kerajaan saja, tetapi bergantung kepada tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh masyarakat.

Sekiranya kita mengambil mudah hal ini, tidak mustahil sekiranya kes tidak akan berkurang. Khairy juga berharap agar masyarakat dapat memanfaatkan kelonggaran yang telahpun diberikan kerajaan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas