Connect with us

Oh! Media

Individu Potong Giliran Vaksin Boleh Didenda Dan Dikompaun

COVID-19

Individu Potong Giliran Vaksin Boleh Didenda Dan Dikompaun

Sejak akhir-akhir ni semakin panas pula Isu potong giliran diperkatakan di media sosial. Isu ini dikatakan tercetus apabila terdapat aduan mendakwa ada golongan VIP yang telah memotong giliran frontliner dalam senarai penerima awal vaksin COVID-19. 

ADVERTISEMENT

BACA: Nama-Nama Fronliner Terpaksa Dipotong Dalam Senarai Penerima Awal Vaksin

Pihak Kerajaan hari ini pula telah dilaporkan akan mempertimbangkan tindakan untuk mendenda dan memberikan kompaun kepada mana-mana individu yang didapati bersalah kerana memotong giliran untuk mendapatkan vaksin.

Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata, kuasa tambahan mungkin akan diberikan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk mengenakan kompaun tersebut.

Menurut Khairy, pihaknya juga sudah pun mewujudkan ‘Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan’ untuk memastikan isu tersebut tidak lagi berulang kelak.

Dalam garis panduan itu turut menyatakan, bagi mereka yang ada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) haruslah memastikan mereka (penerima vaksin) yang datang adalah frontliner. Jika ada tekanan dari mana-mana pihak sekali pun, jangan benarkan sesiapa potong giliran.

Kami sangat tegas dalam perkara ini. Kita juga buka aduan secara e-mel. Kalau ada maklumat, mereka boleh buat aduan, tak perlu sertakan nama pun tidak mengapa.

Kalau berlaku juga (potong giliran), kita mungkin boleh tambah kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk denda atau kompaun siapa yang potong giliran,” katanya.

Jelas Khairy, meskipun ramai keliru, namun beliau juga ada memaklumkan kepada rakyat jika wakil rakyat merupakan juga merupakan penerima vaksin COVID-19 dalam Fasa Satu, seperti yang sudah diumumkan sebelum ini.

Dalam Akta 342, kita ada seksyen untuk bawa ke muka pengadilan sekiranya ada individu menghalang atau membantutkan usaha melawan COVID-19 ini. – Kata Adham Baba.

Ya benar wakil rakyat juga merupakan penerima vaksin COVID-19 dalam Fasa Satu, tapi janganlah sampai potong barisan. Dahulukan dulu kepada frontliner kita, kerana mereka lebih berhak.

Kredit: Astro Awani

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas