Dan dapat kita lihat, Ainul yang kini berusia empat tahun itu sentiasa menunjukkan perkembangan positif dengan kesihatannya bertambah baik dari hari ke hari.
Ibu syukur tak perlu betulkan urat tisu
Terbaru, ibu kepada Ainul, Nurul Erwani Zaidi memuat naik satu hantaran di Instagram dan meluahkan rasa syukur kerana anaknya tidak perlu menjalani rawatan memperbetulkan struktur wajah.
Nurul turut memaklumkan bahawa keadaan pipi Ainul yang membengkak selepas jalani pembedahan telah menyebabkan doktor menyediakan prosedur untuk memperbetulkan urat tisu di pipi anaknya itu.
Dulu waktu lepas ‘operation’ nampak bengkak pipi sebelah kanan Ainul. Jadi, doktor letak dalam report untuk betulkan urat-urat tisu di pipi Ainul.
Tapi kuasa ALLAH, dah elok dengan sendirinya.
Netizen turut luah rasa syukur
Perkongsian Nurul itu mendapat respon warganet. Rata-rata mereka turut meluahkan rasa gembira mereka melihat perkembangan positif Ainul Mardhiah selepas beberapa tahun menjalani pembedahan.
Alhamdulillah, gembira tengok perkembangan Ainul yang semakin hari semakin sihat.