Trending
Anak Maut Dirempuh Pemandu Langgar Lampu Merah, Ibu Meraung Dan Pitam Di Lokasi Kejadian
Dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta yang melanggar lampu merah.
Kejadian berlaku di Jalan Persiaran Senawang 1, berhampiran persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Senawang, Negeri Sembilan.
Ibu meraung kehilangan anak tercinta
Detik pilu menyelubungi lokasi kejadian apabila ibu kepada salah seorang mangsa meraung sebelum pitam.
Dalam tangisannya si ibu memanggil “anak aku, anak aku” sambil ditenangkan oleh orang ramai yang berada di situ.
Pemandu langgar lampu merah
Berdasarkan rakaman dashcam yang tular, sebuah kereta Honda Jazz yang dinaiki oleh dua remaja berusia 18 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 17 tahun didakwa tidak memberhentikan kenderaan walaupun lampu isyarat telah bertukar merah.
Kenderaan tersebut datang dari arah Senawang menuju ke Paroi sebelum merempuh motosikal mangsa.
Ketua Polis Seremban, Asistan Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan terdapat seorang lagi penunggang bersama pembonceng dan pemandu serta penumpang lain mengalami kecederaan parah.

[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 7 hours ago