Connect with us

Oh! Media

Insiden Susu Tertinggal: Isteri Dedah Arwah Sempat Sedia Keperluan Anak Sebelum Meninggal Dunia

Ohmedia suami Susu Anak Kemalangan

Trending

Insiden Susu Tertinggal: Isteri Dedah Arwah Sempat Sedia Keperluan Anak Sebelum Meninggal Dunia

Isteri dedah detik akhir dan pesanan arwah suami yang maut selepas berpatah balik ambil susu anak.

Kisah pemergian Allahyarham Muhammad Amir yang maut selepas berpatah balik untuk mengambil susu anak sekali lagi menyentuh hati ramai.

Isterinya berkongsi ramai orang hadir untuk sembahyang jenazah buat arwah. Sampai jemaah perlu sembahyang di luar masjid.

BACA: Suami Maut Lepas Patah Balik Ambil Susu Anak, Tak Sempat Jamah Sotong Goreng Kunyit Permintaan Terakhir

IKLAN

Isterinya juga berkongsi momen-momen terakhir bersama arwah termasuk menceritakan bagaimana arwah meninggalkan segala keperluan keluarga dalam keadaan lengkap seolah-olah sudah bersedia untuk pergi buat selama-lamanya.

Tak sangka hari itu jadi hari terakhir

Arwah

Menurut perkongsian isterinya, arwah yang juga seorang anggota polis bantuan merupakan suami dan ayah yang sangat bertanggungjawab.

Dia tidak menyangka hari kejadian itu menjadi hari terakhir mereka bertemu.

Setiap kali suami pergi kerja kebiasaannya saya akan pakaikan stoking dan siapkan suami saya. Tapi masa tu penat balik klinik lambat saya tak pakaikan pun stoking dan siapkan suami. Masa suami nak buka pintu, suami patah balik cium saya dan anak. Suami cakap, “sayang ibu.. sayang Harraz”. Hari tu juga suami patah balik ambil susu anak dan pulang sebagai jenazah.

Detik akhir bersama suami

Arwah Suami

Menerusi mesej terakhir di WhatsApp, wanita itu sempat menghubungi suami beberapa kali namun tidak berjawab.

Rupa-rupanya ketika itu suaminya sudah terlibat dalam kemalangan dan sedang bertarung nyawa.

Suami

Dalam gambar yang dikongsikan, kelihatan pakaian seragam arwah masih terdapat tumpahan susu anak serta sweater yang melekat dengan paket susu.

Arwah

Pesanan terakhir dan tanda-tanda sebelum pergi

Arwah

Lebih menyayat hati, isteri arwah mendedahkan bahawa suaminya sempat menulis nota peribadi di telefon berisi semua maklumat penting dan pesanan untuk keluarga.

Saya cek hp awak sayangku. Awak tulis notes semua detail segala pass peribadi awak. Masa tarikh ni juga awak cakap nak letak KWSP penama anak dan saya. Dan awak tak habis-habis bercerita tentang ‘kalau saya tak ada’.”

Arwah juga sempat memastikan segala kelengkapan rumah dan anak disediakan dengan cukup lengkap sebelum pemergiannya.

Semua keperluan anak, barang-barang sabun, bahan masakan semua awak tinggalkan cukup lengkap. Awak tinggalkan saya dan anak dengan baik. Awak suami yang sangat bertanggungjawab.

Wanita itu turut meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang sangat baik, bahkan ramai rakan dan saudara datang dari jauh untuk memberi penghormatan terakhir.

Pssttt! Kisah ini mengingatkan kita bahawa kasih seorang suami dan ayah sejati tidak pernah terhenti, walau selepas pemergian. Semoga Allahyarham Muhammad Amir ditempatkan dalam kalangan orang beriman, dan keluarganya terus tabah menghadapi ujian kehilangan insan tercinta.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas