Connect with us
anak istimewa

Trending

Ibu Baru Tahu Anak Istimewa Tak Suka Makanan RMT, Rakan Tolong Bayar Setiap Kali Ke Kantin

Seorang ibu meluahkan rasa sedih mendapat tahu rupa-rupanya rakan tolong bayar makanan yang dibeli anak istimewanya di kantin.

Dalam laporan mStar, si ibu yang dikenali sebagai Gee berkata anaknya bersekolah di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Selayang, Selangor.

IKLAN
haura

Jelasnya, murid PPKI akan mendapat makanan percuma di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Setiap kali balik daripada sekolah, si ibu akan bertanya menu makanan pada hari tersebut dan anaknya menjawab ayam goreng crispy popcorn.

Saya macam gembira Haura dapat makanan apa yang dia suka. Untuk pengetahuan semua, Haura ni memang ‘hantu ayam’, itu makanan kegemarannya.

Saya pun beranggapan program RMT memang ada sediakan ayam goreng, jadi bertuah la Haura. Tapi ternyata saya silap.

Gee baru tahu rupa-rupanya ayam goreng itu dibeli di kantin sekolah selepas diberitahu guru. Kata guru, rakan Haura yang bernama Elly akan membayarkan makanan setiap kali ke kantin.

ayam goreng

Jelasnya, mungkin hal itu sudah berlaku terlalu lama menyebabkan guru terpaksa menyatakan perkara sebenar.

Rupanya anak saya tak suka makanan yang dihidangkan di program RMT tu.

Gee berasa serba salah kerana dia tidak pernah bekalkan duit poket menyangka anak makan makanan RMT.

Setiap hari Elly akan belanja Haura RM3 untuk beli sebekas ayam goreng popcorn tu. Haura tak ada cerita langsung dekat saya tentang perkara ini sebab seperti ita sedia maklum, dia ada masalah percakapan.

Menurut Gee, dia sudah menghubungi ibu Elly meminta maaf di atas perlakuan anaknya. Gee juga sudah menggantikan semula duit yang digunakan Elly selama ini.

anak istimewa

Namun, jawapan balas ibu Elly membuatkan hatinya tersentuh. Ibu Elly memberitahu anaknya itu ikhlas menyayangi Haura.

Baru saya tahu Elly makan bekal dari rumah, duit untuk belanja Haura tu sebagai backup je mak dia bagi.

Sebak terus saya ni, gagal ke aku sebagai mak sampai tak tahu keadaan semasa anak?

Kata Gee, mulai dari itu dia sudah memberikan duit poket buat Haura. Dia bersyukur Allah SWT menghadirkan sahabat yang baik seperti Elly dan ibunya.

Jelas Gee, Haura menghidap Sindrom William menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang.

anak istimewa

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas