Connect with us

Oh! Media

Bersyukur Dikurnia Anak Istimewa, Perkongsian Faizal Tahir Sentuh Hati Netizen

Oh! Artis

Bersyukur Dikurnia Anak Istimewa, Perkongsian Faizal Tahir Sentuh Hati Netizen

Di Instagram penyanyi terkenal, Faizal Tahir berkongsi mengenai kehadiran anak ketujuhnya yang bernama Maryam Tahirah.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Ramai Meremang Lihat Faizal Tahir Bimbing Mat Salih Ucap Syahadah Peluk Islam

Menurutnya, Maryam Tahirah merupakan anak kurniaan Allah SWT yang sangat istimewa. Ketika isteri mengandung, doktor mengenalpasti ada beberapa masalah dengan kandungan tersebut.

Yang pertama doktor memaklumkan Maryam menghadapi masalah berkaitan jantung yang kemudiannya disahkan Tetralogy of Fallot (TOF).

Waktu itu mereka memang diberitahu anak perlu dibedah dan mereka sudah bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan.

Beberapa bulan kemudian, mereka sekali lagi membuat imbasan kehamilan dan doktor mengesahkan ada masalah lain iaitu ada double bubbles.

Doktor kemudian mencadangkannya untuk melakukan pemeriksaan secara lebih terperinci kerana berkemungkinan anak dilahirkan down syndrome.

Sebulan sebelum isteri due bersalin, dapat tahu confirm down sydrome. Saya terima dengan baik alhamdulilah reda itu yang Allah SWT bagi. Tak ada rasa macam down ke, frust ke ‘Kenapa anak aku ada down sydrome’. Itu dah tertulis.

Apabila memaklumkan perkara itu kepada rakan-rakan dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak, semua memberikan semangat dan jawapan yang positif.

Mendengar kata-kata itu hatinya berasa tersentuh kerana terpilih dikurniakan anak istimewa. Itu merupakan kekuatan buat dirinya dan isteri.

Malah, kehadiran anaknya itu diperlukan untuk menjadikannya seorang manusia lebih baik, manusia lebih bersyukur dan perbaiki diri.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut turut tersentuh dengan perkongsian Faizal Tahir sekaligus membuka mata mereka mengenai hidup.

Kredit: Instagram Faizal Tahir

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas