Connect with us

Oh! Media

Ibu Allahyarham Zulfarhan Trauma Nak Lepaskan Anak Lain Sambung Belajar

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 11 03t132802689

Trending

Ibu Allahyarham Zulfarhan Trauma Nak Lepaskan Anak Lain Sambung Belajar

Kematian Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain sememangnya meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada ahli keluarga tetapi seluruh masyarakat Malaysia.

Kes ini juga telah membuka mata orang ramai mengenai kejadian buli yang tidak seharusnya dipandang remeh.

BACA: “Seolah-Olah Anak Saya Pula Yang Bersalah” – Bapa Zulfarhan ‘Kecewa’ Sikap Keluarga Tertuduh

IKLAN

Kesan kepada kejadian itu juga, tahap kesihatan ibu Allahyarham iaitu Hawa Osman terjejas teruk di mana dia mengalami masalah katarak serius ekoran kesedihan melampau.

Ibu Zulfarhan

Selain itu, dia turut menghidapi penyakit darah tinggi kerana tidak dapat tidur malam.

Kejadian ini telah menyebabkan saya trauma untuk melepaskan anak-anak lain untuk berdikari sendirian dan menyambung pengajian di peringkat tertinggi kerana bimbang kejadian sebegini akan berulang kembali.

Saya juga trauma untuk membenarkan anak-anak lain untuk memasuki badan beruniform dan memberikan tanggapan negatif ke atas badan beruniform yang meragut nyawa anak saya.

Ketika memberi keterangan impak di Mahkamah Tinggi semalam, Hawa berkata, sekiranya anaknya masih hidup, allahyarham akan membantu keluarga untuk membiayai kos adik-adik menyambung pengajian di universiti.

Zulfarhan

Katanya, suaminya sudah bersara dan kini menyara hidup mereka sekeluarga dengan memandu teksi. Ibu allahyarham merayu hukuman setimpal terhadap tertuduh yang telah menyebabkan dia kehilangan insan paling bermakna dalam hidupnya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam bekas pelajar UPNM selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh ke atas Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas