Trending
Hantaran Dr Akmal Saleh Sebak Saat Buat Panggilan Dengan Ibu Undang Perhatian
Datuk Dr Akmal Saleh terpilih tunaikan haji selepas diuji pelbagai dugaan. Pernah serah simpanan haji RM120k bantu kanak-kanak sakit.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh meluahkan rasa syukur apabila terpilih sebagai tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji.
Menurut laporan Kosmo, perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri menerusi satu video di akaun Facebook miliknya hari ini yang disifatkan sebagai hadiah paling bermakna dalam hidupnya.
“Allah datangkan hadiah paling bermakna” – Akmal Saleh

Dalam kapsyen video berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu meluahkan perasaan penuh emosi.
Di kala putus harapan untuk menunaikan haji tahun ini, di kala diuji dengan pelbagai dugaan, di kala rasa tidak mampu berbuat apa-apa, rupa-rupanya Allah datangkan hadiah yang paling bermakna buat diri ini.
Terima kasih Allah, terima kasih kepada semua yang banyak mendoakan saya. Terlalu kerdil rasanya diri ini.
Air mata mengalir saat hubungi ibu
Lebih menyentuh hati, dalam video tersebut Dr. Muhamad Akmal dilihat menitiskan air mata ketika membuat panggilan telefon kepada ibunya bagi menyampaikan berita gembira itu.
Beliau turut memuat naik tangkap layar surat tawaran menunaikan ibadah haji musim 2026, sekali gus mengesahkan pemilihannya.
Akmal Saleh pernah serah simpanan Haji RM120,000 bantu kanak-kanak sakit

Sebelum ini, Dr. Muhamad Akmal meraih perhatian ramai apabila berbesar hati menyerahkan wang simpanan hajinya berjumlah RM120,000 bagi membantu kos rawatan Nur Asyura Medina Muhammad Ikmal Haziq.
Kanak-kanak berusia dua tahun dari Melaka itu memerlukan dana berkenaan untuk menjalani pembedahan pemindahan hati segera di China.
Pssttt! Setiap kebaikan yang ikhlas tak pernah sia-sia. Bila kita membantu orang lain dengan penuh keikhlasan, Allah akan gantikan dengan rezeki yang tak disangka-sangka.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM