Connect with us

Oh! Media

Hafiz Mahamad Dan Isteri Tak Ambil Gaji Selama Enam Bulan, Rupanya Ini Sebabnya!

Untitled Design   3

Trending

Hafiz Mahamad Dan Isteri Tak Ambil Gaji Selama Enam Bulan, Rupanya Ini Sebabnya!

Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Hafiz Mahamad sekali lagi menjadi perhatian ramai. 

Menerusi satu video di Instagram, Hafiz berkongsi kisah pengorbanannya bersama isteri, Syafiqah Aina demi memastikan kebajikan pekerja mereka sentiasa terjaga.

Hafiz Mahamad tak ambil enam bulan gaji

Hafiz dan Aina mengaku sudah enam bulan tidak mengambil gaji daripada perniagaan mereka. Keputusan ini dibuat untuk memotivasi diri agar bekerja lebih keras sambil memastikan pekerja mereka hidup dengan selesa.

IKLAN

Enam bulan saya dan Aina tak ambik gaji dari perniagaan kami. Perniagaan kami Alhamdulillah baik, cuma kami nak memotivasikan diri untuk kerja bersungguh-sungguh.

Beliau juga terinspirasi dengan nasihat seseorang yang berkata “Jika di atas ikat perut, ramai di bawah akan rasa senangnya.”

Staf boleh simpan duit hingga RM40k!

8fa35d9d a0e4 4cd0 b652 86a243fbcc74

Pengorbanan Hafiz dan Aina ternyata memberi kesan besar kepada pekerja mereka. 

Ada staf yang kini mampu menyimpan hingga RM20,000 hingga RM40,000 hasil bonus dan token yang diterima.

Saya cuba buat dan syukur, minggu lepas ada staf yang tunjuk dekat saya simpanan dia. Dia kata, ‘ini adalah duit yang saya simpan dari bonus dan token saya dapat selama kerja di sini.’ Terkejut bila tahu mereka dapat simpan RM20k hingga RM40k.

Hafiz Mahamad sediakan banyak kemudahan untuk staf

Baa719ed 11d2 453b 8f50 481a75c88f61

Selain pemberian wang, Hafiz turut menyediakan pelbagai kemudahan kepada pekerjanya, termasuk makanan di pejabat, rumah untuk staf lelaki dan perempuan, elaun bersalin, bantuan taska dan banyak lagi.

Mereka ini baik sangat sepanjang berniaga. HR tidak pernah terima claim OT (kerja lebih masa). Tapi itu bukan bermakna kami ambil kesempatan. Cara saya, saya akan minta akauntan bayar lebih dari OT rate yang sepatutnya mereka dapat.

Di usia 31 tahun, Hafiz membuktikan bahawa kejayaan bukan sekadar soal keuntungan, tetapi bagaimana kita menjaga orang di sekeliling kita. Tindakan beliau menjadi contoh kepada ramai usahawan muda di luar sana.

#OhmediaNasihat

Hafiz Mahamad mengajar kita bahawa kejayaan bukan hanya dinilai pada hasil peribadi, tetapi juga pada sejauh mana kita mampu memberi manfaat kepada orang lain. Sebagai majikan, menjaga kebajikan pekerja bukan sahaja mencipta suasana kerja yang baik tetapi juga membuka pintu rezeki yang lebih luas.

Apa kata kita mula hargai orang di sekeliling kita hari ini?

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Hafiz Mahamad


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas