Connect with us

Oh! Media

donat berayaq

Trending

Guna Marketing Lucah? Ini Respon Owner Donat ‘Berayaq Jet Lagi’ Lepas Teruk Kena Hentam

Hangat diperkatakan di media sosial kini mengenai teknik marketing usahawan donat yang didakwa menggunakan tagline berunsur lucah.

Usahawan berkenaan dipercayai menggunakan tagline ‘berayaq’ dan ‘jet lagi’ sambil membuat gaya badan yang tidak senonoh.

IKLAN

BACA: Netizen Kecam Usahawan Donat Pulau Pinang Guna Marketing Lucah, MCMC Mulakan Siasatan

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan tidak berpuas hati apabila usahawan berkenaan seolah-olah menjadikan produk makanan dijualnya sebagai objek seksual.

Marketing donat berayaq berunsur lucah?

berayaq

Terbaru, netizen sempat merakam respon yang diberikan usahawan ini terhadap kecaman yang diterimanya.

Melalui siaran langsung di TikTok, usahawan ini berjanji akan berhenti menggunakan tagline tidak senonoh tersebut supaya masyarakat berpuas hati.

Terima kasih yang tegur, saya dah cakap saya akan stop buat tagline tu. Puas hati?

Dalam pada itu, peniaga mengakui kesilapan dan memohon maaf di atas ketelanjuran yang dibuat. Mereka menerima segala teguran dan telah menukar nama akaun kepada ‘bertanah donut susu’.

Minta maaf andai video disalahtafsir

donat berayaq

Jelasnya, ‘berayaq’ bermaksud donat yang cair di mulut manakala jet bermaksud ‘terajang’ dan perkataan cirit pula tiada di dalam tagline mereka.

Mengenai video tular pula, pihak mereka hanya melakonkan seperti yang diarahkan. Mereka dengan rendah diri dan ikhlas hati memohon maaf sekiranya video telah disalahtafsir.

#OhmediaNasihat

Kontroversi ini memberi pengajaran bahawa kaedah pemasaran yang keterlaluan dan tidak sensitif boleh membawa imej negatif kepada jenama dan memudaratkan perniagaan. Dalam industri makanan, lebih elok untuk mengekalkan kesopanan dan kreativiti yang sesuai agar produk terus diminati ramai tanpa menimbulkan rasa kurang selesa.

donat berayaq

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @spanarbengkok_


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas