Connect with us

Oh! Media

Filem ‘Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih’ Betul-Betul Buat Jiwa Kacau!

Ohmedia filem Dilanjutkan Salah Disudahi Perih

Trending

Filem ‘Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih’ Betul-Betul Buat Jiwa Kacau!

Filem Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih kisah cinta dan talak tiga yang penuh konflik emosi. Bila cinta lama dan rumah tangga baru bertembung, siapa yang harus dipilih?

Filem terbaharu arahan Benni Setiawan, Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih, bukan sekadar kisah cinta biasa. Ia menyentuh isu yang cukup sensitif dan dekat dengan masyarakat, ‘cina buta’ selepas talak tiga.

Hasil tulisan Garin Nugroho, filem ini membawa penonton menyelami realiti rumah tangga yang penuh dilema, kecemburuan dan ujian perasaan, dengan garapan emosi yang mendalam seperti karya Benni sebelum ini, Layangan Putus.

Alfa, Darian & Zainun, cinta yang tersimpul salah

Kisah bermula dengan Alfa (Mikha Tambayong) dan Darian (Kevin Ardilova) yang terpaksa berpisah selepas talak tiga. Namun, keluarga mereka mahu pasangan ini kembali bersatu.

IKLAN

Untuk rujuk semula, Alfa perlu menikah dengan lelaki lain terlebih dahulu, dan di sinilah muncul watak Zainun (Ibrahim Risyad) lelaki berwibawa, tampan serta berilmu agama, yang sanggup menikahi Alfa demi membantu.

Namun, selepas pernikahan itu, emosi dan cemburu Darian mula membuak. Dia tidak mampu menerima kenyataan bahawa cinta lamanya kini halal buat orang lain. Campur tangannya dalam rumah tangga Alfa dan Zainun menambah konflik dan ketegangan yang penuh air mata.

Cinta baru atau luka lama?

Zainun digambarkan sebagai suami idaman — penyayang, matang dan bertanggungjawab. Kehadirannya menimbulkan persoalan besar:

Haruskah Alfa kembali kepada cinta lama yang menyakitkan, atau teruskan hidup dengan lelaki baru yang memberinya harapan?

Sementara itu, Darian pula bertemu Intan (Tissa Biani), gadis yang membuka kembali pintu hatinya terhadap makna cinta sebenar.

Dibintangi barisan pelakon hebat

Ohmedia filem Dilanjutkan Salah Disudahi Perih

Filem ini dibintangi oleh:

  • Kevin Ardilova sebagai Darian (Autobiography, Laura)
  • Mikha Tambayong sebagai Alfa (Sewu Dino, Nada Cinta)
  • Tissa Biani sebagai Intan (KKN Di Desa Penari, Norma: Antara Mertua Dan Menantu)
  • Ibrahim Risyad sebagai Zainun (Sijjin, Pemandi Jenazah)Filem terbitan Soex Entertainment dan diedarkan oleh Horizon Film Entertainment ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 Oktober.

Pssttt! Kadang-kadang cinta bukan tentang siapa yang datang dulu, tapi siapa yang benar-benar ikhlas tinggal hingga ke akhir. Jangan biar emosi menghancurkan apa yang sudah Tuhan aturkan.

Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas