Connect with us

Oh! Media

“Kalau Ada Video ‘Leak’, Padamlah” – PU Rahmat Akui Dibogelkan 3 Kali Tentera Pendatang Haram

Ohmedia pu Rahmat

Trending

“Kalau Ada Video ‘Leak’, Padamlah” – PU Rahmat Akui Dibogelkan 3 Kali Tentera Pendatang Haram

PU Rahmat dedah detik ngeri dibogelkan tentera Israel sebanyak tiga kali ketika ditahan.

Penceramah bebas, PU Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan mendedahkan pengalaman perit yang dialaminya ketika menjadi tahanan tentera Israel baru-baru ini.

Menurut laporan mStar, PU Rahmat berkata dia dibogelkan sebanyak tiga kali sepanjang tahanan atas alasan kononnya pemeriksaan keselamatan.

Saya sendiri tiga kali kena bogel dan saya tak malu nak cakap benda ini sebab saya percaya kita semua lahir dalam keadaan bogel dan kita pun mati dalam keadaan bogel.

Pertama dalam kapal tapi tiada orang melainkan tentera. Kedua di imigresen, ketiga di penjara. Jadi nampak sangat mereka takut dengan senjata.

Tentera Israel ketakutan, tak sehebat yang digambarkan

PU Rahmat yang juga peserta pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin turut mendedahkan bahawa tentera Israel yang menahan mereka sebenarnya tidak sekuat seperti yang digambarkan.

IKLAN

Bila tentera haram ni masuk kapal kita, pergerakan mereka tak kemas, malah nampak sangat berhati-hati. Mereka ni bangsa yang penuh ketakutan sebab mereka tahu mereka salah. Orang salah je takut.

Tambahnya lagi, pengalaman itu mengajarnya bahawa keberanian datang daripada kebenaran, dan bukan dari senjata.

Alhamdulillah, kita berada di pihak yang berani kerana benar.

“Kalau ada video ‘leaking’ tu, padamlah…” – PU Rahmat

Menutup temubual bersama peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra), Ahmad Nazrin Abu Bakar di Istanbul, Turkiye, PU Rahmat sempat berseloroh tentang kejadian memalukan itu.

Kan saya kena bogel tiga kali, kalau ada video ‘leaking’ tu, padamlah.

Pssttt! Keberanian sejati bukan pada kekuatan fizikal, tetapi pada keyakinan terhadap kebenaran. Semoga kisah PU Rahmat jadi inspirasi untuk terus teguh mempertahankan hak dan maruah manusia.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas