Connect with us

Oh! Media

Perkongsian Terbaru Zizi Kirana Undang Perhatian Ramai

ohmedia zizi kirana

Trending

Perkongsian Terbaru Zizi Kirana Undang Perhatian Ramai

Zizi Kirana kembali di Threads selepas dibebaskan daripada tahanan tentera Zionis! Ucapan ringkasnya buat netizen sebak dan bangga.

Selepas beberapa hari senyap di media sosial, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Zizi Kirana akhirnya muncul semula di Threads dengan satu hantaran ringkas tapi cukup bermakna buat para peminatnya.

Melalui perkongsian terbarunya, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil sempat menyapa pengikutnya dengan mesej mesra.

Assalammualaikum, hi semua. Anda semua apa khabar?”

Peminat luah rasa bangga dan syukur

View on Threads

Hantaran tersebut segera mendapat sambutan luar biasa daripada warganet yang sudah lama menantikan perkembangan Zizi selepas dia ditahan oleh tentera Zionis selama beberapa hari ketika menyertai misi kemanusiaan di Palestin.

IKLAN

Ramai meluahkan rasa syukur dan bangga dengan semangat juang Zizi yang berani menyertai misi berbahaya itu demi kemanusiaan.

Alhamdulillah Zizi selamat! Kami bangga dengan keberanian awak.

Zizi Kirana dan Rombongan GSF selamat

ohmedia zizi kirana misi gaza

Untuk rekod, Zizi bersama 22 aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia telah dibebaskan dan dibawa ke Turkiye sebelum pulang ke tanah air selepas tiga hari berada di bawah tahanan tentera Israel.

Misi GSF tersebut bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dan menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin yang terus ditindas.

Pssttt! Keberanian bukan sekadar pada kata-kata, tapi pada tindakan. Semoga semangat Zizi Kirana jadi inspirasi buat kita semua untuk terus menyokong perjuangan kemanusiaan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas