Trending
“Ayah Menangis Dua Kali, Masa Nenek Meninggal Dan Malam Tadi” – Anak Aaron Aziz Luah Rasa Kecewa
Anak Aaron Aziz, Dwi Ariana pertahan ibu bapanya yang difitnah dalam isu misi Sumud Flotilla. Luah sedih lihat ayah menangis dan janji bawa kes ke mahkamah.
Anak kepada pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz, iaitu Dwi Ariana tampil mempertahankan ibu bapanya selepas mereka menjadi mangsa fitnah dan buli siber berkaitan isu misi Sumud Flotilla.
Menerusi perkongsian di Threads, Ariana turut mendedahkan rakaman CCTV yang menunjukkan Aaron dan isterinya, Diyana Halik, tidak mampu menahan tangisan akibat tekanan emosi.
Selama 19 tahun hidup, saya cuma pernah nampak ayah menangis dua kali. Kali pertama masa nenek saya meninggal, dan kali kedua malam tadi.
Katanya lagi, tahap pembulian terhadap ibu bapanya kini sudah melampaui batas.
Belum masuk lagi air mata ibu saya. Bila dah sampai tahap mak ayah saya menangis, itu tandanya dah melampau.
“Kami akan bawa ke mahkamah” – Anak Aaron Aziz
View on Threads
Dwi Ariana menegaskan bahawa keluarganya tidak akan berdiam diri dan sudah mendapatkan khidmat peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah tersebut.
Kami akan bawa perkara ini ke mahkamah. Saya tak peduli kalau dia (penyebar fitnah) terpaksa hidup susah sekalipun.
“Saya tak dapat ada di sisi mereka…” – Ariana
Dalam perkongsian sama, Ariana turut meluahkan rasa sedih dan bersalah kerana tidak dapat berada di sisi ibu bapanya ketika mereka berdepan tekanan mental akibat serangan netizen.
Sakit rasanya bila saya berada jauh di seberang negara, sedangkan adik saya yang baru 15 tahun terpaksa jadi satu-satunya tempat sokongan untuk mereka.
Ibu bapa saya memang orang yang kuat, tapi mereka juga manusia biasa.
Difahamkan, pelakon kelahiran Singapura itu kini sedang mendapatkan khidmat peguam bagi membersihkan nama dan mempertahankan maruah keluarganya daripada tuduhan tidak berasas.
Pssttt! Media sosial bukan tempat untuk menjatuhkan orang lain. Fikir dulu sebelum kongsi atau komen, setiap fitnah boleh meninggalkan luka yang sukar sembuh.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM