Connect with us

Oh! Media

Fazura Harus Bertaubat Kerana Tergamak Lakukan Ini Terhadap Fattah Amin?

Ohmedia fattah fazura

Trending

Fazura Harus Bertaubat Kerana Tergamak Lakukan Ini Terhadap Fattah Amin?

Pelakon, Fazura ditegur supaya bertaubat kerana telah lakukan sesuatu perkara kepada bekas suaminya, Fattah Amin. Apa pula kali ini?

BACA“Dia Memang Tak Sayang Saya” – Fazura Dedah Perangai Fattah Amin

Menerusi Tiktok, ianya susulan tindakan pelakon wanita itu yang didakwa telah membuka aib bekas suaminya kata pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

IKLAN

Kalau korang tengok video yang dimuat naik Ustaz Abu Syafiq, beliau menjelaskan mengenai hukum bagi tindakan itu dan mendapati ianya sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan pasangan yang bercerai di negara ini.

Fazura harus bertaubat. Haram tradisi memburukkan pasangan setelah bercerai.

Berlaku sekarang ini isu di Malaysia perceraian antara suami dan isteri, artis atau yang lainnya. Kemudian menceritakan keburukkan pasangan masing-masing.

Bukan tu jer, terdapat hadis Rasulullah SAW berkenaan perihal memburukkan pasangan yang dikongsikan Ustaz Abu Syafiq.

Di dalam Islam hukumnya adalah haram kerana Nabi Muhammad SAW bersabda di dalam hadis riwayat Imam Muslim:

‘Di antara seburuk-buruk manusia adalah menceritakan keburukkan pasangannya.’

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut boleh dilakukan namun hanya kepada individu-individu tertentu.

Para ulama bersepakat bahawa perbuatan ini iaitu menceritakan keburukkan tersebut hanyalah kepada kadi atau orang-orang tertentu. Tetapi bukanlah dicanang kepada umum.

Apa yang berlaku adalah satu perkara yang tidak perlu kita ikut sama sekali. Ianya haram dan jangan jadikan ianya kebiasaan. Dari segi undang-undang di negara kita juga, saya rasa ada hukum.

Ohmedia fattah fazura

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tiktok Ustaz Mekah


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas