Connect with us

Oh! Media

Farid Kamil Pilih ‘Bersuluk’ Untuk Mendekatkan Diri Dengan Allah

farid kamil

Oh! Artis

Farid Kamil Pilih ‘Bersuluk’ Untuk Mendekatkan Diri Dengan Allah

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan pelakon Farid Kamil yang sedang bersuluk telah mencuri perhatian netizen.

ADVERTISEMENT

Bersuluk yang bermaksud mengasingkan diri untuk bertafakur atau menenangkan fikiran bagi mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram milik adik kepada Farid iaitu Fadzil Zahari, pelakon itu kelihatan sedang dipakaikan serban oleh seorang ustaz dan dipercayai sebahagian daripada proses bersuluk.

Farid Kamil

Malah, Farid kelihatan tersenyum gembira ketika dipakaikan serban sambil disaksikan oleh beberapa orang di sekelilingnya.

Dalam pada itu, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari sempat merakam beberapa foto bersama beberapa jemaah tabligh.

Meninjau ke ruangam komen, rata-rata warga netizen menumpang gembira dan mendoakan aktor itu sentiasa di bawah lindungan Allah.

BACA: Diana Danielle Harap Perceraiannya Bersama Farid Kamil Berakhir Dengan Aman

Terdahulu, aktres Diana Danielle iaitu isteri kepada pelakon Farid Kamil memaklumkan dia berharap kemelut rumah tangganya berakhir dengan aman.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca Facebook dan Telegram Oh!Media.


@ohmedia

Semoga Shila Amzah dan keluarga sentiasa tabah ye. Sedihnya…

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas