Trending
“Doakan Ima Kuat Ya” – Ibu Pengantin Perempuan Meninggal Dunia Sebelum Akad Nikah Anak
Seorang wanita diuji dengan dugaan berat apabila ibunya meninggal dunia beberapa jam sebelum hari bahagianya.
Dalam video tular di TikTok, pengantin perempuan dilihat menguruskan pengebumian arwah ibunya dalam keadaan sudah lengkap berinai dan berjubah hitam.
Al-fatihah untuk ibu pengantin perempuan
Difahamkan, ibunya menghembuskan nafas terakhir pada jam 3 pagi, hari majlis akad nikah. Walaupun dihimpit kesedihan, majlis tersebut tetap diteruskan dalam suasana pilu dan penuh sederhana.
Sepatutnya berbaju putih akad nikah, tapi takdir berkata lain, Al fatihah untuk ibu pengantin perempuan Hania Bt Mangolo menghembuskan nafas terakhir di hari bahagia anak perempuannya.
Setelah pengebumian selesai, akad nikah dilangsungkan dalam suasana penuh pilu. Pengantin perempuan, dalam busana pengantin, dilihat duduk di atas pelamin dengan ibu saudaranya menggantikan posisi arwah ibu.
Saat bersalaman dengan suaminya, pengantin perempuan tidak dapat menahan air mata lalu menangis.
Ima sah bergelar isteri dengan sekali lafaz. Doakan Ima kuat ya, beratnya ujian Ima.
Di ruangan komen, jiran kepada pengantin perempuan ini memaklumkan hanya majlis akad nikah diteruskan tanpa persandingan.
Malah, bapa yang sepatutnya menjadi wali pengantin terpaksa ditukar kepada abang disebabkan kejadian mengejut ini.

Berat mata memandang, berat lagi ujian yang terpaksa ditanggung pengantin perempuan. Semoga Allah SWT memberikan ketabahan dan mengangkat kesakitan yang dirasai keluarga ini.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok Eriani Eddy
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM