
Trending
Sebulan Buat Persiapan Majlis, Ibu Muda Meninggal Dunia Sehari Lepas Sambut Birthday Anak
Oleh
Sedih dan hiba buat seorang lelaki ini selepas sambutan hari jadi anak yang dirai bersama-sama isterinya menjadi kenangan terindah yang terakhir buat mereka selepas isterinya meninggal dunia.
BACA: Baru Selesai Tunai Umrah, Jemaah Rebah Sebelum Meninggal Dunia Di KLIA
Perkara itu disahkan sendiri oleh lelaki yang bernama Mumin Mohd yang memuat naik hantaran di Facebook memaklumkan isterinya yang bernama Nur Athirah Binti Jafar meninggal dunia sehari selepas sambutan hari jadi anaknya. Allahu…
Lebih menyedihkan ialah arwah isterinya itu begitu teruja untuk menyambut sambutan hari jadi anaknya sehinggakan telah membuat persiapan sejak sebulan yang lalu.
Disahkan rebah sebelum meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak
Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian dimuat naik salah seorang keluarga arwah, difahamkan Athirah rebah dan pengsan di tempat kerja sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak sebelum disahkan meninggal dunia.
Kami di Oh! Media mengucapkan takziah buat Mumin Mohd dan keluarga atas pemergian isteri tercinta. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Kredit: Facebook
