Connect with us

Oh! Media

Diva AA Dedah Mesej Dengan PA Aliff Syukri, Rupanya Selama Ini Gimik?

Ohmedia diva Aa Aliff Syukri

Trending

Diva AA Dedah Mesej Dengan PA Aliff Syukri, Rupanya Selama Ini Gimik?

Diva AA buat pendedahan mengejutkan mengenai Aliff Syukri undang perhatian ramai.

Sebelum ini, usahawan sensasi Dato’ Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Diva AA yang memijak beg jenamanya. Walaupun marah, Aliff Syukri enggan menyaman dengan alasan Diva AA tidak mempunyai wang.

Namun, selepas kenyataan itu, Diva AA tampil pula dengan video balas, meluahkan rasa tidak puas hati dan mendakwa mahu buat pendedahan mengenai usahawan terbabit.

Diva AA buat pendedahan mengejutkan

Ohmedia diva Aa Aliff Syukri

Selepas hampir sebulan, Diva AA memuat naik tangkap layar perbualannya bersama pembantu peribadi Aliff Syukri di platform X.

IKLAN

Dalam perbualan itu, jelas kelihatan wujud kerjasama, malah ada cadangan idea bagaimana mahu mempromosikan beg jenama Aliff Syukri tersebut.

Netizen terkejut, rasa tertipu

Diva Aa Azwan Ali

Perkongsian Diva AA itu buat ramai netizen terkejut kerana menyangka pergaduhan tersebut betul-betul serius. Rupa-rupanya, ada yang mendakwa ia hanyalah gimik marketing untuk melariskan produk.

Ada yang kesal kerana merasakan pihak Aliff Syukri seakan ambil kesempatan menggunakan nama besar Diva AA demi meraih perhatian.

Pssttt! Tak salah nak buat marketing, tapi biarlah beretika. Jangan sampai mencipta drama palsu yang buat orang rasa tertipu dan hilang kepercayaan.

Kredit: X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas