Connect with us

Oh! Media

Dituduh Cemar Nama Sekolah, Pelajar Diugut Gara-Gara Dedah ‘Lawak’ Lucah Guru

Cover Photo Om 1200 X 675 27 Blur

Trending

Dituduh Cemar Nama Sekolah, Pelajar Diugut Gara-Gara Dedah ‘Lawak’ Lucah Guru

Baru-baru ini, viral di Twitter pendedahan seorang pelajar mengenai guru yang didakwa membuat lawak berunsur lucah di dalam kelas. Dakwanya, ketika itu guru PJK terbabit sedang membincangkan topik mengenai gangguan seksual.

Apa yang membuatkan dia dan rakan-rakan perempuan lain tidak selesa adalah apabila guru dikatakan membuat lawak mengenai rogol gadis 18 tahun ke atas.

Walau bagaimanapun, gadis ini dilaporkan menerima ugutan selepas perkongsiannya di Twitter mendapat perhatian ramai pihak. Menerusi hantaran terbaru, gadis ini mendakwa salah seorang rakan sekolah mengugut mahu ‘merogol’ kerana telah mencemarkan nama baik sekolah.

IKLAN

Bimbang dengan keselamatan anak, bapa yang dikenali dengan nama Saiful Nizam memaklumkan laporan polis telah pun dibuat. Katanya lagi, ugutan tersebut telah menyebabkan anaknya ketakutan dan murung.

Ain4
Ain5

Ujarnya, pendedahan yang dibuat tidak bertujuan untuk memusuhi para guru yang telah banyak berjasa sebaliknya mahu penambahbaikan supaya perkara sebegini tidak berulang.

Malah, dia berharap ianya akan menjadi titik perubahan kepada kualiti pendidikan dan masyarakat.

Sumber: Ain, Saiful Nizam

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas