Connect with us

Oh! Media

Tular Luka Di Tangan Ustaz Kazim Hanya ‘Solekan’, Ini Respon Jurusolek Yang Bertanggungjawab

luka

Oh! Artis

Tular Luka Di Tangan Ustaz Kazim Hanya ‘Solekan’, Ini Respon Jurusolek Yang Bertanggungjawab

Baru-baru ini Ustaz Kazim ada memuat naik gambar luka di tangannya yang memiliki ketulan kecil berwarna hitam di media sosial dan meminta orang ramai untuk sama-sama bantu mengubati penyakit yang dialaminya.

ADVERTISEMENT

BACA: Tangan Tumbuh Ketulan Kecil Warna Hitam, Ustaz Kazim Mohon Bantuan Carikan Penawar

Ramai yang bersimpati terhadap Ustaz Kazim dan bimbang dengan keadaannya. Ramai juga yang mahu membantu mengubati penyakit yang dialaminya itu. Namun, ada seorang wanita mendedahkan bahawa luka yang ditunjukkan itu hanyalah Special Effect Makeup (SFX) sahaja. Betul ke?

Tambah makeup untuk nampak realistik

Menerusi Facebook Athilla D’hun, dia mendakwa bahawa kecederaan atau penyakit yang dialami Ustaz Kazim hanyalah makeup semata-mata untuk penggambaran filem yang bertajuk Zim Zim Ala Kazim. Wanita ini mendakwa sebegitu kerana effect luka tersebut nampak seperti dibuat-buat. Namun, dia tidak menafikan bahawa Ustaz Kazim memiliki penyakit.

Apabila isu ini tular di media sosial, seorang wanita bernama Fatimah Ishak yang dipercayai merupakan jurusolek atau MUA (Makeup Artist) yang bertanggungjawab membuat SFX kepada tangan Ustaz Kazim tampil memberikan penjelasan.

Fatimah telah menjelaskan situasi yang berlaku dan mengatakan bahawa Ustaz Kazim sememangnya sedang sakit dan dia hanya tambah effects kepada luka yang sedia ada untuk kelihatan lebih realistik di kaca TV.

Jadi, sudah jelas di sini bahawa Ustaz Kazim memang memiliki penyakit di tangannya. Semoga Ustaz Kazim diberikan kesembuhan yang sempurna dan dilindungi daripada sebarang penyakit yang merbahaya dan pelik-pelik.

Kredit: Fatimah Ishak | Athilla D’hun

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas