Connect with us

Oh! Media

“Serious Aku Tak Faham Level Toxic Tahun Ni” – Khairul Aming Gesa Henti Jadi Batu Api

Befunky collage 1

Trending

“Serious Aku Tak Faham Level Toxic Tahun Ni” – Khairul Aming Gesa Henti Jadi Batu Api

Pada tahun ini kita dapat lihat semakin ramai content creator yang mula menunjukkan bakat mereka dalam bidang masakan dengan berkongsi pelbagai resepi di media sosial.

Namun begitu, ada di kalangan netizen yang bersikap toxic meninggalkan komen yang tidak menyenangkan sehingga boleh menimbulkan kemarahan serta boleh menyebabkan pergaduhan.

BACA: “Jangan Kita Sekat Talent Tu, Rugi Nanti” – Khairul Aming Sokong Content Memasak Di Media Sosial

IKLAN

Tiru Khairul Aming?

Danish harraz 2

Terbaru, seorang chef cilik, Danish Harraz mendapat komen yang kurang enak dari seorang netizen yang mendakwa content dibuatnya seperti meniru Khairul Aming.

Screenshot 2022 04 14 at 124205 2

Kurang senang dengan isu ini, Khairul Aming tampil membuat teguran kepada netizen melalui ciapannya di Twitter.

Khairul Aming turut menambah bahawa sepanjang dia menghasilkan content masakan, dia tidak pernah mendakwa bahawa dia merupakan pelopor bagi content memasak bahkan dia menyambut baik dan menyokong content creator yang lain.

Selama ni kitaorang yang memasak sama-sama support each other. Sampai la muncul benda toxic batu api macam ni kat Twitter

Walau bagaimanapun, didapati ciapan negatif itu telah pun dipadam oleh individu berkenaan dan akaun individu berkenaan telah pun ditukar kepada mod privasi.

Henti menjadi batu api

Khairul Aming turut menyeru kepada netizen agar berhenti menjadi batu api sehingga boleh menyebabkan mereka yang menghasilkan content masakan ini bergaduh sesama sendiri.

Tolong la stop. Annoying sangat dah benda ni. Semua orang jadi serabut. Yang geng memasak ni buat content ikhlas untuk tolong orang bulan puasa, takde pon cari gaduh dengan orang.

Kenapa nak pecah belahkan community yang tak kacau orang ni. Serious aku tak faham level toxic tahun ni.

Hentikanlah budaya negatif dengan mencari kesalahan ataupun kekurangan orang lain ini. Tindakan sedemikian boleh menjadi punca kepada berlakunya tekanan emosi yang boleh menyebabkan kemurungan kepada seseorang.

Kredit: Twitter Khairul Aming

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas