Trending
Didakwa ‘Restart’ Filem Pada Minit Ke-45, TGV Mohon Maaf Dan Siasatan Sedang Dibuat
Tular di media sosial, penonton yang menyaksikan filem The Batman di Tanjung Golden Village Cinemas (TGV) di pusat beli-belah Vivacity membuat aduan apabila filem tersebut terpaksa diulang tayang pada minit ke 45 kerana ada beberapa orang pelanggan yang ‘baru’ masuk.
BACA: The Batman Dan Doctor Strange Tidak Akan Ditayangkan Di Negara Rusia Sahaja
Menerusi posting di Twitter yang tular, individu tersebut mendakwa pihak TGV membuat pengumuman untuk ulang semula filem tersebut selepas 45 minit ditayangkan kerana ada pelanggan ‘VIPs’ yang baru datang.
You’d better have some great explaination min @TGVCinemas
— #ZHAFVLOG #TeamPelukanAngkasa (@zhafvlog) March 6, 2022
Siapa pukimak yg special sgt sampai perlu re-start balik movie after 45mins?
Kalau technical issue takde hal, ni sebab ada waknat yg minta re-start? It better not be some dipshit anak menteri or related sial 🤬 pic.twitter.com/LKwg6PM4DX
Netizen meluahkan rasa geram kerana hanya disebabkan individu yang datang lambat, mereka terpaksa membazir waktu 45 minit untuk menonton semula filem tersebut dari awal.
Walaupun pihak TGV mahu memulangkan semula duit, netizen mengatakan hal ini sangatlah tidak adil buat pelanggan yang sudah awal datang dan menonton selama 45 minit. Mereka mendakwa individu yang datang lambat itu merupakan golongan VIP.
TGV mohon maaf, masih dalam siasatan
Minmin and the team are investigating this matter guys, we sincerely apologise for the inconvenience 🙏🏼 pic.twitter.com/6LHlqnx9oA
— TGV Cinemas | #TontondiTGV 🇲🇾 (@TGVCinemas) March 6, 2022
Susulan daripada kejadian itu, pihak TGV telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf di Twitter dan mengatakan insiden yang berlaku itu telah melanggar prosedur tayangan mereka.
Sebagai tanda maaf, TGV menawarkan dua tiket percuma dan bayaran balik penuh kepada pelanggan yang terjejas dan akan menyiasat kes ini dengan lebih lanjut.
Berlaku miscommunication
Namun, apabila kes ini tular di media sosial, salah seorang pelanggan yang ada di TGV Vivacity itu mengatakan sebenarnya ada miscommunication antara pihak TGV dan pelanggan.
Mereka yang datang lambat ni dikatakan bukannya kayangan, tetapi telah berlaku miscommunication, dimana mereka masuk lambat kerana pihak TGV memaklumkan ada berlaku sedikit masalah dengan IMAX cinema dan filem tersebut akan ditangguhkan pada jam 7.45 p.m yang sepatutnya tayang pada 7.15 p.m.
Namun, apabila mereka sampai pada jam 7.45, filem tersebut telah pun berlangsung dalam 15-20 minit dan TGV membuat pengumuman untuk tayang semula filem itu.
Apparently it was a miscommunication pic.twitter.com/uqg34NJBBZ
— Prof Dr Benjamin Black PhD (@Mismaisu89) March 6, 2022
Mana satu yang betul, kita semua pun tak tahu dan tak boleh nak judge. Buat masa ni, kita santai je dulu dan nantikan statement seterusnya daripada TGV, sama ada ianya benar-benar VIPs yang datang atau berlaku miscommunication antara pihak TGV dan pelanggan.
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM